Ahad, 19 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persembahan puisi perlu dipermaju

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Baca puisi atau deklamasi puisi, sudah berusia. Di Indonesia, puisi dideklamasikan sejak dekad 1940an, dan kegiatan itu amat berpengaruh. Dalam dekad 1950an, deklamasi menjadi aktiviti penyair Tanah Melayu.

Pada masa ini, penyair Indonesia jarang menyebut deklamasi. Mereka lebih selesa dengan istilah baca puisi. Di Malaysia, istilah deklamasi jauh lebih popular daripada istilah baca puisi. Ertinya, walaupun Indonesia memperkenalkan istilah deklamasi, kini Malaysia melangsungkan penggunaan istilah itu, manakala Indonesia sendiri bosan menggunakannya.

Bermula 1987, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menganjurkan dan melaksanakan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan. Sayembara ini popular, hingga tahun akhirnya, 2009. Sayembara tersebut mengetengahkan barisan deklamator, Puzi Hadi, Amaruzzati Noor Rahim, Shukri Abdullah, Fauzy Abu Bakar, Thazali Mohd Elah, Umi Kalsum Baharin, Emylya Othman,Hasnida Ghani, Maarof Seman, Intan Marhayu, Rosimah Saad dan beberapa lagi. Mereka berdeklamasi dengan kaedah Gapena, atau sekurang-kurangnya kaedah direstui Gapena.

Selain Gapena, aktiviti deklamasi dijayakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akhbar tertentu, institusi pengajian tinggi dan lain-lain. Di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), kegiatan deklamasi berlangsung dalam jangka panjang hingga kini.

Kini, kegiatan deklamasi menimbulkan kesan kurang 'nyaman'. seperti disebut Dr Abdul Jalil Othman dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), penonton selalu tertipu. Dr Jalil menegaskan penonton (termasuk dirinya) datang dari jauh untuk melihat kelainan.

Menurutnya, beliau tersinggung apabila seseorang naik ke pentas mengatakan "Sajak ini baru saya tulis petang tadi." Beliau tidak suka apabila orang lain naik ke pentas dan berkata, "Sajak ini saya baca di depan Perdana Menteri, bulan lepas."

Kata-kata begitu tiada faedahnya. Yang pertama, kata-kata itu menjatuhkan bidang puisi. Yang kedua, peserta berkenaan bersikap sombong atau tidak matang.

Dr Jalil mahu setiap deklamasi dipersembahkan dengan serius. Deklamator hendaklah hebat. Kehebatan akan dicapai jika ada latihan yang cukup. Jika pembaca sajak itu tidak berlatih, suaranya seperti orang bercakap-cakap dengan kawan di gerai. Bacaannya pula tersilap, dan perkataan tertentu terpaksa diulang. Dalam keadaan begini, eloklah penonton tidak datang dan berehat di rumah.

Saya bersetuju dengan Dr Jalil. Berdeklamasi ialah berbakti kepada penonton. Kita hendaklah memberikan yang terbaik kepada penonton. Seseorang yang menghafal sajak, berpeluang berdeklamasi dengan gaya yang pelbagai. Matanya dapat dihalakan kepada penonton, dan hubungan mata itu menambahkan daya tarikan. Selain itu, deklamator yang menghafal puisi dapat melakonkan bahagian puisi yang ada elemen drama.

Dr Jalil jarang ke tempat deklamasi, kerana beliau tidak berupaya menghayati deklamasi tidak serius. Beliau dapat mengesan sejumlah besar peserta tidak berlatih. Beliau tahu Hashim Yaacob, Jins Shamsuddin, Lim Swee Tin, A Ghafar Ibrahim, Dinsman, Sutung Umar RS, Ahmad Salleh dan beberapa lagi, bersedia dengan kesungguhan, tetapi terdapat sejumlah yang lain hanya naik pentas sekadar menunjuk muka dan memperdengarkan suara tidak terlatih.

Saya fikir, lapangan persembahan puisi mestilah dimajukan, jika golongan penggiat mengingini kelangsungannya. Hadirin sedia ada akan berundur, dan yang baru tidak datang, jika persembahan puisi ketiadaan kemajuan. Persembahan puisi hendaklah dihiasi mestamu (melodi sajak tanpa alat muzik), dekon (deklamasi lakon), dan lagu puisi dengan cukup terlatih. Ini tidak menafikan mutu keseluruhan persembahan sedia ada.

Memang ada yang baik, tetapi ditekankan di sini, soal latihan. Persembahan santai masih boleh dilangsungkan, tetapi persembahan tersusun, kemas dan bertaraf kelas satu adalah dituntut sekali-sekala.

Kini, kita dengar berita RTM dan DBP akan menganjurkan sayembara puisi berirama. Konsep puisi berirama itu bagaimana? Jika puisi dilagukan sepenuhnya, itu ialah lagu puisi. Jika puisi dideklamasikan dengan iringan muzik, itu tidak membawa makna puisi berirama.

Apa pun definisi puisi berirama, kita berharap kegiatan terbaru ini mempertingkatkan populariti puisi. Persembahan puisi perlukan dipermaju.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved