Ahad, 19 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tujuh muka baru Pas Kelantan

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tujuh muka baru Pas Kelantan KOTA BHARU - Pas Kelantan, semalam, membuat rombakan besar menampilkan muka baru untuk memantapkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Antara muka baru, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya ganti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron.

Sementara itu, ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika mengumumkannya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.

"Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku perubahan seperti Tim�balan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.

"Begitu juga jawatan Ketua Penerangan masih kekal kepada Dr Mohamad Fadzli Hassan selepas dilantik tahun lalu," katanya pada sidang media di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Menurutnya, Setiausaha Kerja Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Mohd Zain dilantik sebagai Penolong Setiausaha II menggantikan Mohd Ridha Mohd Zain dan Penolong Setiausaha I, Mohd Nasir Che Daud kekal.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, pelantikan itu dibuat bagi tempoh 2011/2013 berdasar Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan Pas pindaan 2011.

Mesyuarat Pas Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK Pas Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

Nik Aziz berterima kasih di atas khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini.

Zulkifli berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Pas Negeri.

Haram bertentang nilai sebenar Islam

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Haram bertentang nilai sebenar Islam SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.

"Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.

"Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya.:

Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.

"Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk 'anarkisme' yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved