Ahad, 19 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Baki TTS tertunggak

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Baki TTS tertunggak KERATONG – Dua peneroka Felda Keratong 2 di sini, menuntut Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar baki bayaran tabung tanam semula (TTS) yang tertunggak lebih 50 peratus yang masih belum dijelaskan agensi itu sejak tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka, Nasir Sulaiman, 56, dan Amran Ya'man 59, meminta supaya baki TTS itu disegerakan memandangkan mereka hidup dalam kepayahan akibat tekanan apabila terpaksa membayar wang sebanyak RM40 sebulan selama 200 bulan sejak menyertai projek itu.

Nasir berkata, sebagai peneroka, dia kecewa berikutan hanya memperoleh RM6,773 sahaja sedangkan jumlah yang perlu dibayar Felda adalah sebanyak RM17,500 seperti dalam perjanjian.

"Menurut perjanjian TTS antara peneroka dan Felda menyatakan bahawa kami (peneroka) akan memperoleh bayaran penuh (RM17,500) pada tahun yang sama, namun sehingga kini bayaran itu masih belum diperoleh," katanya.

Menurutnya, Felda memberi pelbagai alasan dan syarat yang menguntungkan agensi itu kononnya dia tidak menyertai Felda dalam tanaman semula sawit sedangkan ia tidak terkandung dalam syarat perjanjian.

"Felda menyatakan bayaran baki ini tidak akan diberi kepada peneroka yang mengusahakan tanaman sawit sedangkan sebelum ini tiada syarat jelas berhubung perjanjian yang ditandatangani sebelum ini," katanya.

Manakala, Amran, berkata, agensi itu perlu membayar wang TTS kepada peneroka tanpa alasan memandangkan mereka mengikut syarat perjanjian sebelum ini.

"Kami juga membuat laporan polis sebelum ini, berhubung kegagalan Felda menjelaskan baki bayaran tertunggak kerana ia memberi kesan mendalam kepada peneroka yang rata-ratanya berpendapatan rendah," katanya.

Sementara itu, Firma Guaman, Mohd Fadzli & Co akan menghantar notis tuntutan baki bayaran itu kepada Felda dalam tempoh seminggu sebelum perkara itu akan dibawa ke mahkamah sekiranya agensi itu gagal menjelaskan tuntutan terbabit.

Peguamnya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, selain tuntutan itu, anak guamnya juga menuntut RM10,000 sebagai bayaran ganti rugi khas, am, tauladan dan melampau yang sesuai dan wajar akibat daripada kegagalan Felda melunaskan baki terbabit.

"Felda perlu bayar kerana perkara ini juga pernah difailkan ke mahkamah dan peneroka mendapat pembelaan sewajarnya menerusi undang-undang termasuk kes terbaru yang memihak kepada peneroka di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved