Ahad, 19 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mogok henti operasi

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mogok henti operasi PULAU PANGKOR – Krisis yang berlaku antara pemandu teksi berdaftar di bawah Persatuan Teksi Malaysia (Pertekma) Cawangan Pulau Pangkor dengan pengusaha kereta sewa haram telah membawa kepada suatu kekecohan yang berlaku di kawasan Jeti Pulau Pangkor, petang kelmarin.

Seorang pemandu teksi, Asmawi Teh, 39, berkata, dia diserang seorang lelaki ketika menurunkan penumpang kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja menulis nombor teksi di papan kenyataan untuk giliran seterusnya sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menggelar dirinya samseng.

"Lelaki itu minta saya agar jangan mengganggu kereta sewa, malah dia juga cuba untuk menikam saya dengan gunting kain bersaiz besar, mujur ada pemandu teksi lain, mereka sempat menangkap lelaki berkenaan yang dipercayai tidak siuman," katanya ketika ditemui di Jeti Pulau Pangkor, semalam.

Asmawi berkata, dia bersama seorang rakan kemudiannya membuat laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Pulau Pangkor sebelum lelaki berkenaan ditangkap.

Seorang saksi kejadian, V Shanmugam, 26, berkata, sebelum insiden menimpa Asmawi, berlaku satu lagi pergaduhan di di kawasan jeti Pulau Pangkor antara seorang pemandu teksi dan pengusaha motosikal sewa.

Pergaduhan itu, katanya menjadi antara punca papan kenyataan giliran teksi yang terletak berhampiran dilanggar sebuah motosikal yang dipandu laju.

"Tidak lama selepas pergaduhan itu, secara tiba-tiba muncul individu menunggang motosikal dengan laju menjerit tidak mempunyai brek dan melanggar papan kenyataan itu," katanya.

Ekoran dua kejadian itu, difahamkan, pemandu teksi di kawasan ini telah mengambil keputusan untuk menghentikan perkhidmatan mengambil penumpang di Jeti Pulau Pangkor bermula jam 6 petang kelmarin sehingga pagi semalam.

Mesyuarat dan perbincangan khas

Satu mesyuarat dan sesi perbincangan khas telah diadakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan Pertekma bersama beberapa agensi kerajaan dan penguat kuasa, bagi mencari jalan penyelesaian berhubung krisis antara pemadu teksi dengan pengusaha kereta sewa dan motosikal sewa berkenaan.

Yang dipertua (YDP) MPM, Zamri Man berkata, isu yang berlaku itu dianggap serius.
"Kita telah minta penguatkuasaan dijalankan bagi memastikan pemandu teksi mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Kita juga telah mengambil keputusan bahawa hanya teksi berdaftar sahaja boleh menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang di kawasan Jeti Pulau Pangkor," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Asmadi Teh dan Penghulu Mukim Pangkor, Muhammad Marzuki Ibrahim.

Zamri bagaimanapun memaklumkan bahawa perkhidmatan­ teksi telah bermula serta merta sebaik mesyuarat selesai, semalam.

Pihaknya, akan melihat kembali kemudahan laluan dan kedudukan kaunter teksi di Jeti Pulau Pangkor sebagai langkah memastikan pengunjung yang turun feri terus kepada pe­ngusaha teksi berdaftar.

"Kita juga telah menerima idea baru dari pengusaha teksi yang meminta laluan alternatif bagi memudahkan pelancong mendapatkan kemudahan teksi secara terus," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan akan ditingkatkan terutama di kawasan parkir teksi, kenderaan persendirian tidak dibenarkan diletakkan di kawasan itu.

Setakat ini, katanya, terdapat 65 lot parkir di kawasan Jeti Pulau Pangkor untuk menampung hampir 105 teksi berdaftar, hanya enam lot parkir, iaitu lima hingga 10 peratus kawasan parkir sahaja dibenarkan untuk kenderaan agensi kerajaan.

Anggap selesai

Asmadi Teh, ketika ditemui berkata, buat masa ini, masalah yang berlaku antara pemandu teksi dengan kereta sewa dan motosikal haram dianggap selesai.

Beliau berkata, masalah itu telah berlarutan lebih 10 tahun dan sepanjang tempoh itu, aduan, perbincangan dan pelbagai penguatkuasaan telah dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved