Ahad, 19 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beradik maut van dirempuh lori

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik maut van dirempuh lori KUALA KUBU BHARU - Dua beradik maut sementara empat lagi ahli keluarga mangsa parah setelah terlibat kemalangan di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 pagi itu melibatkan sebuah van dinaiki keenam-enam mangsa dengan lori dan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Affendi berkata, siasatan awal mendapati van mangsa yang datang dari arah Rawang memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh lori terbabit.

Menurutnya, rempuhan itu mengakibatkan mangsa yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar sementara sebuah lagi kereta yang mengekori dari belakang cuba mengelak van mangsa sebelum terbabas ke bahu jalan.

"Mangsa maut dikenali sebagai Nurfarahanim Ismail @ Sanadi, 18, dan adik mangsa Muhamad Danial, 5 tahun.

"Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara ahli keluarganya yang lain dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB)," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera ialah Ismail @ Sanadi Othman, 45, (bapa), Noraida Abd Rahman, 39, (ibu), Norzarie Sopiah, 7, dan Mohd Haikal Ismail, 1 tahun lapan bulan.

Katanya, pemandu lori dikenali Jamali Mokhtar, 45, dan pemandu kereta, Chang Sin Fei, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, abang mangsa, Muhd Yusuf, 21, yang ditemui di Unit Forensik HKKB berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke Sungai Behrang, Perak selepas mengunjunginya di Bandar Sungai Buaya.

"Saya terkejut sebaik diberitahu abang angkat, Shahrul Mat Daut, 28, mengenai kejadian yang menimpa mereka dan sedih apabila mengetahui dua adik saya meninggal dunia," katanya.

Muhd Yusuf berkata, mereka ke Rawang untuk membeli kelengkapan persekolahan arwah adiknya, Nurfarahanim yang bakal melanjutkan pelajaran ke Tingkatan enam di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim, Perak.

Menurutnya, ibunya yang sarat mengandung lapan bulan juga telah membeli sedikit pakaian untuk menyambut kelahiran adiknya (anak ke-11).

"Ketika di rumah sewa, Nurfarahanim sempat meminjam telefon bimbit saya untuk menghubungi rakannya dan katanya nak guna sekejap saja

"Bila dia kata pinjam sekejap, biasanya dia akan pulangkan cepat tetapi tak sangka dia guna sampai nilai kredit kad prabayar habis," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka itulah kali terakhir dia dapat bertemu dengan adiknya.

Kedua-dua jenazah adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Behrang selepas solat Zohor.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved