Sabtu, 4 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


10 produk makanan dari Taiwan bebas DEHP: Liow

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

10 produk makanan dari Taiwan bebas DEHP: Liow

KUALA LUMPUR - Sepuluh produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.

Produk tersebut ialah Manggo Agar Pudding, Seaweed De Vinegar Drink, Plum Active Vinegar Drink, Peach Health Vinegar Drink, Grape Vinegar Drink, Plum Extract Jelly, Sliced Cheese, Assorted Fruit Flavour Jelly, Ruby Red Grapefruit Drink dan Orange Vinegar Drink.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan hari ini berkata, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

Katanya, semalam pihaknya menerima laporan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan mengenai tambahan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah di eksport ke Malaysia.

Produk makanan tersebut ialah Black Tea keluaran Good Young Co Ltd, Lemon Juice Power A keluaran Kakawa Enterprise Co Ltd, Fruit Jelly/Assorted (210g, 525g dan 1.26kg), Bear Fruit Jelly Brown (580g), Bear Fruit Jelly Pink (580g), Fruit Jelly N.C (9.08kg) dan Fruit Jelly Bear (9.08kg) keluaran Triko
Foods Co Ltd.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan telah menghubungi kesemua pengimport produk itu untuk menarik balik produk berkenaan daripada pasaran dengan serta merta.

Liow berkata, pihaknya turut menjalankan pemantauan di pasaran tempatan dan sekiranya produk tersebut masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan.

"Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dinasihatkan tidak memakan produk tersebut," katanya.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pimpinan baru Pas adalah kabinet pilihan raya: Presiden Pas

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

DAP, PKR berjaya pengaruhi Pas tukar prinsip: Mukhriz

JERLUN - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berjaya mempengaruhi Pas sehingga prinsip untuk menubuhkan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sejak sekian lama kini ditukar kepada konsep negara berkebajikan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk
Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, Pas juga dilihat tidak tetap pendirian apabila mengubah prinsip daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan kerana mahu merealisasikan hasrat DAP dan PKR untuk memperjuangkan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

"Tahniah kepada DAP dan PKR kerana telah berjaya mempengaruhi Pas sehinggakan hanya orang-orang mereka sahaja (bukan ulama) yang dipilih menjadi Naib-naib Presiden malah Timbalan Presiden dalam Pas.

"Cukup hebat sekali pengaruh DAP dan PKR dalam Pas. Ini tidak menunjukkan bahawa Pas adalah sebuah parti yang bebas daripada pengaruh-pengaruh yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Siswa Siwi Bersama Rakyat di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta mengulas mengenai keputusan pemilihan Pas hari ini dan ucapan dasar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas ke-56 semalam yang mengetengahkan tema Membangunkan Negara Berkebajikan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved