Sabtu, 4 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

PR akan terang isi Buku Jingga

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

PR akan terang isi Buku Jingga PARIT BUNTAR - Pakatan Rakyat (PR) akan memberi tumpuan terhadap penerangan Buku Jingga supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang dibawa.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, PR akan adakan penerangan dari rumah ke rumah secara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampung untuk semua kaum.

"Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat PR dalam Buku Jingga yang sangat ditakuti UMNO dan Barisan Nasional (BN), "katanya ketika berucap sempena pelancaran Buku Jingga peringkat Parlimen Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa; Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin; Yang Dipertua Pas Parit Buntar, Harun Hashim dan Ketua PKR Parit Buntar, Abdul Yunus Jamhari.

Dr. Mujahid pula berharap aktivis PR membaca Buku Jingga dan memahaminya supaya dapat menjelaskan rancangan yang akan dilaksanakan PR jika memerintah Malaysia.

"Kita mesti jelaskan kepada rakyat bahawa apa yang dirancang tidak mustahil untuk dilaksanakan.

"Penggubalan Buku Jingga dibuat melalui kajian yang mendalam dan teliti oleh beberapa pakar dan telah dibentangkan dan dibincangkan dalam konvensyen PR," katanya.

Beliau turut menyarankan semua golongan masyarakat termasuk pemimpin agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan membaca Buku Jingga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved