Sabtu, 4 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OKU bertarung nyawa 14 jam

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

OKU bertarung nyawa 14 jam ALOR LIMBAT – "Derita anak saya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, daging bahagian belakang badannya terpaksa diambil melalui rusuk kiri manakala kulit paha pula digunakan untuk menutup tumit yang hancur dan terpaksa menjalani pembedahan selama 14 jam akibat kemalangan menimpanya," kata Han Pin Wai, 57, bapa kepada mangsa, Han Siow Chong, 26.

Kini, anaknya itu tidak lagi mampu berjalan normal dan perlu berehat di rumah dalam tempoh yang panjang selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu pada 18 Januari lalu.

Pin Wai berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Siow Chong, anak kedua daripada tiga beradik dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Padang Midin dari tempat kerja dengan menaiki motosikal sebelum dilanggar sebuah kereta di persimpangan itu.

"Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan terpaksa menjalani pembedahan selama 14 jam sebelum terlantar di HSNZ 22 hari kemudian dipindahkan pula ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Selepas tiga bulan di HUSM kami membawanya pulang tetapi dia masih perlu menjalani rawatan secara berjadual di hospital itu sebelum perjumpaan terakhir dengan pakar pembedahan plastik dan pakar tulang pada 16 dan 27 Jun ini," katanya.

Pin Wai berkata demikian ketika ditemui selepas mereka sekeluarga menerima lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah dan Pengerusi Kebajikan Masyarakat Cina Alor Limbat, Ng Kok Tee, 46, di rumah mereka di Taman Padang Midin, di sini.

Pin Wai yang juga pesara swasta berkata, Siow Chong sebelum itu bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dan menjadi harapan keluarga mencari rezeki tambahan walaupun anaknya itu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Kini, Pin Wai dan isteri, Tong Li Hua, 59, pula terpaksa menjual kuih secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan dan keperluan anaknya yang memerlukan RM2,000 sebulan bagi menampung kos perubatan dan pemeriksaan di HUSM.

"Mujurlah Siow Chong ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 selain kami menerima bantuan kewangan daripada abang dan adiknya bagi menampung keperluan perubatan," katanya.

Sementara itu, Alias turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved