Sabtu, 4 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tinggal nota sebelum terjun

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tinggal nota sebelum terjun KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa cina yang juga pemilik sebuah salon rambut di Setapak ditemui maut selepas terjun dari rumahnya di tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Sentul Indah di sini pagi semalam.

Mangsa, Soo Siak Hao, 30, ditemui pengawal keselamatan apabila mayatnya tersangkut pada bumbung tingkat 1 kondominium terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam.

Mangsa yang masih bujang dipercayai berniat membunuh diri hasil penemuan sekeping nota tertampal di dinding bilik tidurnya yang terkandung permohonan maaf juga pesanan terakhir kepada ahli keluarganya.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak pernah mengetahui mahupun mendengar mangsa mempunyai masalah perniagaan mahupun dalam perhubungan.

Katanya, kali terakhir dia menemui mangsa pada malam kelmarin dan tidak berhubung dengan mangsa sehinggalah mendapat panggilan daripada jiran tentang kejadian yang berlaku pagi semalam.

"Dia tidak pernah menunjukkan yang dia mempunyai masalah, sebab itu saya sendiri tidak tahu mengapa dia nekad bertindak sedemikian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, melalui siasatan awal, pihaknya percaya mangsa berniat membunuh diri dan bertindak terjun berdasarkan cermin tingkap rumah mangsa yang terbuka.

Menurutnya, nota yang ditemui dipercayai ditulis sendiri oleh mangsa sebelum bertindak terjun daripada rumahnya.

"Mangsa mohon maaf kepada ibu bapa dan menyatakan dia bunuh diri kerana masalah kewangan dalam perniagaan.

"Mayat mangsa diturunkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat, "katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Difahamkan, mayat mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan itu dituntut keluarganya jam 4.30 petang semalam.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved