Sabtu, 4 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedai makan kotor diserbu

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kedai makan kotor diserbu GEORGETOWN – Sebuah premis makanan di Lorong Lumut, Lebuh Chulia diperiksa secara mengejut oleh Bahagian Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Ia kerana seorang pelanggan daripada premis itu dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan dan disahkan cirit-birit.

Pengerusi Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong berkata, pelanggan yang bertindak sebagai pengadu kepada MPPP itu dimasukkan ke hospital pada 15 Mei lalu setelah menikmati makanan di kedai terbabit.

Menurutnya, bertindak atas aduan berkenaan pegawai kesihatan MPPP membuat siasatan ke atas kedai itu pada 19 Mei lalu.

"Setelah disiasat dan pegawai kami berikan markah sebanyak 43 sahaja dan ia adalah berada di paras yang merbahaya, dan seterusnya selepas itu kami terus menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri.

"Bertindak daripada aduan berkenaan kami datang semula ke sini selepas dua bulan dan kembali membuat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata selepas membuat pemeriksaan di premis itu dengan dihadiri kira-kira 15 pegawai kesihatan MPPP dan juga Jabatan Kesihatan Negeri, hadir sama Ahli Majlis MPPP, Iszuree Ibrahim, Prem Anand dan juga Mohd Rashid Hasnon.

Pemeriksaan di premis itu mendapati rumah dua tingkat dijadikan kedai makan berkenaan ditutup.

Namun seorang pembantu gerai berada dalam premis dan memberikan pegawai MPPP dan kesihatan masuk untuk membuat pemeriksaan.

Keadaan dapur dan peralatan memasak begitu menjijikkan dan bau najis tikus berada di sekitar dapur.

Bukan itu sahaja, dakwaan pembantu kedai yang bukan warganegara Malaysia itu mengatakan kedai ditutup selama tiga hari berbeza dengan keadaan peralatan kedai yang diibaratkan sudah tidak digunakan selama setahun lamanya.

Lebih meloyakan apabila tandas kedai yang tidak mempunyai pintu terletak bersebelahan dengan periuk dan juga peralatan dapur lain.

Rempah ratus yang digunakan juga tidak bertutup dengan baik, sementara minyak yang digunakan diletakkan dalam tin yang diliputi habuk.

Bukan sahaja dapur, malah bahagian depan kedai dipenuhi dengan sampah dan longkang di bahagian depan dipenuhi dengan sisa makanan.

Ah Teong berkata, disebabkan masalah berkenaan MPPP pada 31 Mei lalu mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik kedai yang kini dipercayai bercuti di India.

"Denda sebanyak RM850 dikeluarkan termasuklah disebabkan premis kotor, tandas kotor, makanan tercemar, tiada suntikan typhoid, sisa makan masuk ke longkang dan juga satu notis tidak mempunyai lesen dikeluarkan.

"Dalam masa terdekat pegawai MPPP akan kembali membuat pemeriksaan, dipercayai dulu kawasan ini adalah tempat tinggal ceti di Pulau Pinang dan premis yang dikompaun ini menjadi kantin mereka. Tetapi setelah adanya kuil berhampiran, premis ini terus dibuka kepada orang ramai sejak beberapa tahun lalu dan dengar khabar daripada orang ramai makanan di sini dikatakan sedap," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved