Sabtu, 4 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak gadis dirayu pulang

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Anak gadis dirayu pulang BANDAR JERANTUT – Sepasang suami isteri yang menetap di Kampung Melayu, dekat sini, Zainudin Dollah, 45, dan isterinya, Zarena Ednan, 41, merayu anak gadis mereka, Nur Zaidatul Nadirah, 18, agar pulang ke pangkuan keluarga.

Zainudin berkata, anak gadisnya yang lebih mesra dipanggil `Angah' dalam kalangan ahli keluarga, keluar dari Kuarters Kerajaan Kampung Melayu tempat mereka sekeluarga menetap, pada 18 Mei lalu.

Menurutnya, anaknya itu keluar sekitar jam 10.30 pagi ketika ibunya pergi membeli barang di pasar, dan ketika itu dia cuma membawa beberapa helai pakaian serta barang peribadi.

"Isteri saya menyedari Angah sudah tiada di rumah setelah pulang dari pasar Jerantut sejam kemudian.

"Sehari sebelum Angah keluar rumah, saya ada memarahi dia kerana enggan pergi bekerja di sebuah stesen pam minyak di bandar ini," katanya di sini.

Zainudin berkata, dia sebenarnya bukan berniat untuk marah, tetapi lebih kepada teguran kerana anaknya enggan pergi bekerja, sedangkan sebelum itu keizinan telah diberi untuk membenarkan dia bekerja di stesen minyak tersebut buat sementara waktu.

Menurutnya, kerja sementara itu adalah kemahuan anaknya sendiri sambil menunggu keputusan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di sebuah sekolah menengah di sini.

"Kami sekeluarga amatlah mengharapkan agar Angah segera pulang, kerana pakaian seragam dan keperluan lain sudah disediakan.

"Ayah sedia memaafkan segala perbuatan Angah, tetapi Angah tolonglah pulang ke pangkuan keluarga. Kami semua risau akan keselamatan Angah," katanya.

Pelbagai usaha dilakukan

Sementara itu, Zarena berkata, Angah anak kedua daripada empat beradik, tidak pulang sehingga hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan anaknya dengan menghubungi saudara mara di Kuala Lumpur, Melaka, Kuantan dan Temerloh telah dibuat, tetapi masing-masing tidak tahu maklumat lokasi remaja tersebut.

"Kami sekeluarga juga turut menggunakan khidmat beberapa bomoh di sini, tetapi hampa kerana tidak tahu ke mana haluan Angah menghilangkan diri.

"Nombor talian telefon bimbitnya turut dimatikan, keadaan ini benar-benar merunsingkan kami untuk mencarinya," katanya.

Menurut Zarena, kehilangan anaknya itu turut dilaporkan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jerantut pada 22 Mei lalu, namun sehingga ke hari ini belum mengada perkembangan positif.

Menurutnya, sejak Angah meninggalkan rumah, dia berendam air mata sepanjang masa, malah kesihatannya turut terganggu tatkala mengenangkan nasib anaknya itu.

"Saya bimbang keselamatan Angah termasuk makanan dan tempat tinggalnya sehingga kesihatan saya mula terganggu dan badan kerap kali sakit.

"Emak juga memaafkan Angah di atas segala perbuatan yang lalu. Angah pulanglah, kami berdoa dan menunggu Angah di rumah," katanya.

Zarena berkata, orang ramai yang pernah ternampak Nur Zaidatul Nadhirah atau mengetahui lokasi anaknya itu diminta menghubungi mereka di talian 0179041786 (Zainudin) dan 0196069554 (Zarena) atau balai polis berhampiran.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved