Sabtu, 4 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM siasat kes terima awang

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

SPRM siasat kes terima wang KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat dakwaan beberapa pihak terhadap penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang dakwa menerima wang RM350,000 dari Exco Kelantan, Datuk Husam Musa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sudah lama menyiasat kes itu dan akan meneruskannya hingga selesai.

"Kita akan lengkapkan siasatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Latihan Asas Suruhajaya Anti Rasuah Bhutan, di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Zakaria Jaafar; Pengarah MACA, Datuk Samarajoo Manikam dan Ketua Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Anti Rasuah Bhutan, Dorji Thinlay.

Semalam, akhbar melaporkan, Kickdefella mengaku menerima wang terbabit secara berperingkat pada 2009 melalui 'orang tengah'.

Beliau juga mengaku wang itu bukan dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden untuk pemilihan pada Muktamar Pas kali ke-57 ini.

Katanya, RM50,000 daripada jumlah wang itu adalah berkaitan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009, manakala selebihnya dipercayai sebagai wang pampasan.

Antara blog yang mendedahkan bayaran diterima Kickdefella daripada Husam itu adalah Selangor Bangkit di http://medan-info-kita.blogspot.com; dan Lydia USM di http://lydiausm72.blogspot.com dan Papa Gomo di http://www.papagomo.com.

Mengenai program latihan asas dijalankan pihak MACA itu, Abu Kassim berkata, program itu adalah kursus asas pertama dianjurkan pihaknya di sini, sejak tiga minggu lalu.

"Mereka didedahkan tentang perkara asas dalam siasatan, risikan dan aktiviti berkaitan.

"Sebelum ini, kita sudah banyak jalankan kursus khas yang tajuknya ditentukan negara masing-masing antaranya Vietnam dan Fiji," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas mungkin jadi ketua pembangkang

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pas mungkin jadi ketua pembangkang SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat, tindakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengingatkan kepimpinan parti supaya tidak terlalu terikat dengan telunjuk mana-mana pihak, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat (PR), disebabkan mula mahu kembali kepada perjuangan asal parti.

Hal itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana tiga tahun sebelum ini, Pas lebih selesa ambil pendekatan berdiam diri terhadap isu bertentangan dasar parti yang dibawa PR.

Profesor Dr Ahmad Attory Hussain berkata, Pas nampaknya mahu kembali kepada cara perjuangan lama dan turut bergantung kepada isu video seks didakwa melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

"Pas akan dapat keuntungan politik jika PKR gagal selesaikan masalah babitkan video itu kerana sekiranya isu itu menggugat mereka, mungkin mereka akan perbaharui persahabatan dengan DAP dan PKR.

"Mereka tetap bersama PR kerana memeterai janji, cuma saya menyifatkan mereka berhasrat mahu mengambil alih kepimpinan PR. Kemungkinan Pas akan menjadi ketua pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Attory berkata, ahli UMNO sendiri hairan mengapa Pas sering mengikut telunjuk PR. Jadi, selepas menyedari keadaan itu, mereka mula bawa perkara ini ke muktamar.

"Saya rasa Pas tidak keluar PR. Isunya kini ialah siapa yang akan terajui PR?" katanya.

Dr Sivamurugan Pandian, ditanya mengenai Pas yang dilihat ikut kehendak komponen PR, berkata, ia disebabkan niat mereka mahu menumbangkan Barisan Nasional.

"Pada 2008, mereka sedia ketepikan kepentingan parti kerana mahu capai matlamat itu. Sebab itu mereka wujudkan kompromi untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved