Sabtu, 4 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayi mati dicampak dari tempat tinggi

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bayi mati dicampak dari tempat tinggi SHAH ALAM – Polis mengesahkan bayi cukup sifat ditemui mati di kawasan buang sampah di Pangsapuri Sentul Utara, Kuala Lumpur, Rabu lalu, secara kejam dicampak dari bangunan tinggi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil bedah siasat, bayi lelaki itu didapati cedera parah di kepala dan badan mengakibatkannya mati akibat kecederaan terbabit.

"Bayi itu dicampak dari tingkat tinggi pangsapuri ketika masih bernyawa dan ini pembunuhan kejam.

"Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu polis," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Rabu lalu, akhbar ini melaporkan seorang wanita nyaris melanggar mayat bayi terbabit ketika mencari tempat letak kenderaan, kira-kira jam 12 tengah malam.

Wanita dakwa dipukau

Posted: 03 Jun 2011 05:00 PM PDT

Wanita dakwa dipukau KUALA LUMPUR - Gara-gara ramalan dan percaya rumah berhantu seorang wanita rugi RM20,000 kerana ditipu empat individu konon ingin membantunya menghalau hantu.

Plot kejadian itu bermula apabila mangsa dikenali sebagai Moo, 51, dihampiri dan disapa oleh seorang wanita bernama Tan yang bertanya mengenai ubat untuk merawat anaknya.

Kemudian datang seorang wanita bernama Lee dan mendakwa mengenali seorang individu bernama Wong boleh membantu Tan.

Menurut mangsa, Lee selepas itu memintanya membawa mereka (Tan dan Lee) ke stesen minyak berhampiran sebuah restoran makanan segera di Wangsa Permai di sini.

Di stesen minyak itu, Lee membuat panggilan kepada Wong dan wanita itu datang beberapa minit kemudian.

Wong menyuruh mangsa bercakap dengan datuknya menerusi telefon mengenai masalah yang dialami mangsa.

Bermula dari perbualan itu mangsa tertipu setelah lelaki terbabit memberitahu konon anak lelaki mangsa akan mati dalam tempoh tiga hari kerana dalam rumahnya ada hantu.

Mangsa terpedaya lalu pulang ke rumah mengambil wang dan barang kemas miliknya setelah diminta oleh Wong kononnya duit dan barang berharga itu adalah untuk kerja menghalau hantu di rumah mangsa.

Setelah mangsa serah RM4, 000 dan barang kemas, Wong memasukkan kesemuanya dalam beg plastik hitam dan letakkannya di but kereta mangsa.

Pada esoknya Wong hubungi mangsa dan minta mangsa pergi ke sebuah bank.

Di bank itu mangsa mengeluarkan tunai RM6, 000 dan selepas itu pergi ke bank lain dan keluarkan wang RM9, 000 lalu serahkan semuanya kepada Wong.

Wong ulang perbuatannya masukkan wang itu dalam plastik hitam dan letak dalam but kereta mangsa lagi.

"Dia minta saya buka plastik itu pada waktu malam.

"Bila dibuka saya dapati hanya beberapa helai surat khabar dan dua botol air minuman di dalamnya," kata mangsa dalam satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini, semalam.

Mangsa mendakwa dipukau sewaktu semua kejadian itu berlaku dan setelah sedar ditipu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Kepong hujung bulan lalu.

Dalam pada itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, gambar tiga wanita berkenaan dirakam melalui kamera litar tutup (CCTV).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved