Jumaat, 8 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kereta Sosilawati dilihat di tempat letak kereta flat Angsana: Saksi

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kereta Sosilawati dilihat di tempat letak kereta flat Angsana: Saksi

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang penduduk flat di Subang Jaya melihat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada hari mereka dilaporkan hilang dipercayai dibunuh.

Sarjan Jaswant Singh, 52, berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama 'Awang' antara 8.45 dan 8.50 malam, semasa beliau bertugas sebagai penyelia di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 6 Sept 2010.

"Saya terima maklumat daripada Encik Awang bahawa dia telah nampak kenderaan jenis BMW no pendaftaran WTL 11 yang diletakkan di tempat letak kereta flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.

"Saya seterusnya mengarahkan anggota dari unit MPV (kereta peronda polis) untuk ke tempat itu bagi memastikan kenderaan itu memang berada di lokasi yang dimaklumkan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Saksi ke-18 pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, R.Matan dan R.Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Jaswant berkata, beliau memaklumkan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, semua ketua bahagian dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengenai penemuan kereta itu dan menunggu arahan selanjutnya sehingga pasukan forensik dan unit-unit lain tiba.

Ketika disoal balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh ketiga, Matan, saksi itu berkata, beliau tidak mencatitkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemanggil itu.

"Ada tidak Awang beritahu berapa lama kereta itu berada di sana?" soal Amer Hamzah.

"Awang kata kereta tersebut sudah lama berada di situ, tetapi dia baru perasan (kereta milik Sosilawati) selepas menonton berita di televisyen," kata Jaswant.

Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19, Lans Koperal Roslee Sharon, 30, berkata pada 6 Sept 2010, beliau menerima arahan dari Bilik Gerakan Subang Jaya untuk mengesan sebuah kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil yang ditinggalkan terbiar di sebuah lokasi berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Roslee yang ketika itu bertugas sebagai anggota unit kereta peronda polis (MPV) berkata pada mulanya kereta itu tidak dijumpai di lokasi tersebut sehinggalah mereka menemuinya di tempat letak kereta Lot 125, Jalan SS15/1B, Subang Jaya.

"Saya dan pemandu MPV Lans Koperal Faizal Ismail lihat kereta itu parking tidak berapa cantik dan bumper sudah melebihi kaki lima, terlebih ke depan.

"Kami kemudian maklumkan kepada bilik gerakan, ketua balai serta diarahkan untuk tunggu sehingga unit Forensik sampai dan tidak dibenarkan menyentuh kereta itu. Kami juga buat halangan guna garisan polis," katanya.

Saksi itu berkata, mereka beredar dari tempat itu kira-kira 2.30 pagi selepas pasukan forensik selesai melakukan siasatan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ambiga perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ambiga perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

KUALA NERANG - Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas terhadap mereka yang merancang perhimpunan haram dengan menahan pengerusi penganjur perhimpunan itu Datuk S. Ambiga di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana adalah jelas Ambiga menggugat keselamatan negara dengan rancangannya itu.

"Saya tidak akan bersetuju dengan kerajaan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mereka. Tidak ada gunanya kita memberi muka kepada mereka kerana rakyat pun sudah mula faham.

Katanya, langkah lain yang dirancang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan kerana ia sudah mencapai kemuncaknya.

"Walaupun dia (Ambiga) bersetuju untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium, tetapi ia tetap menggugat keselamatan negara. Sudah tentu akan berlaku perarakan di luar stadium sebelum mereka memasuki stadium," katanya selepas Program Perkampungan PMR, SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kem Latihan Naka dekat sini, hari ini.

Sekiranya Ambiga menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas mendapat perkenan menghadap baginda sebelum ini, dia perlu membatalkan hasratnya untuk meneruskan perhimpunan haram itu, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved