Jumaat, 8 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PKR kempen Teruskan Bersih

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

PKR kempen Teruskan Bersih PETALING JAYA - Wanita PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melanggar titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila terus mengharamkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

Ketuanya, Zuraida Kamarudin mendakwa, tindakan Hishammuddin menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan menteri itu tidak akur dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Mizan.

"Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini, seharusnya Hishammuddin taat.

"(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat sudah lepas tangan dan tidak berupaya mengawal perilaku menteri-menterinya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwan Ramli.

Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Hishammuddin yang berkata, Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Hishammuddin dilaporkan berkata, keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan kerajaan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini membuatkan rakyat lebih marah dan bersemangat untuk berhimpun pada hari itu.

Pada sidang media itu juga Zuraida turut melancarkan kempen 'Teruskan Bersih' dengan membawa dua lagi tuntutan, iaitu mendesak Hishammuddin segera membebaskan 194 tahanan, termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Menteri itu juga diminta menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barang Bersih yang dirampas.

Zuraida juga menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membekukan permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.

"Kerajaan menuduh Bersih membawa kerugian kepada banyak pihak apabila mengadakan perhimpunan, tetapi kerajaan sendiri yang menyekat rezeki dan ekonomi sesetengah pihak apabila membekukan permit sementara itu.

"Lebih buruk lagi ialah kemungkinan semua pengangkutan awam di ibu negara akan dihentikan," katanya.

Zuraida mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba menimbulkan provokasi membawa masuk provokator mereka menyertai Bersih.

"Kami dengar ada pihak mencetak baju-T Bersih di Thailand untuk diedarkan kepada provokator mereka.

"Justeru, saya mengingatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat berjaga-jaga dengan mereka yang tidak dikenali," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Provokasi, tiada keikhlasan'

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Provokasi, tiada keikhlasan' PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas penganjur untuk menganjurkan perhimpunan 9 Julai, di Stadium Merdeka walaupun Kabinet tidak membenarkan ia diadakan di situ.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka sepatutnya munasabah kerana kerajaan sudah pun bertolak ansur dengan membenarkan mereka mengadakan perhimpu-nan itu di stadium.

"Saya lihat kenyataan itu macam nak provokasi, tiada bertolak ansur dan tiada keikhlasan.

"Jangan buat sesuatu boleh menimbulkan provokasi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, semalam.

Muhyiddin mempersoalkan penganjur mahu mengadakannya di Stadium Merdeka kerana menjangkakan 300,00 orang akan hadir sedangkan stadium itu hanya boleh memuatkan 30,000 orang.

Beliau berkata, penganjur perlu memilih tempat sesuai.

"Ini soal hak pemilik Stadium Merdeka, kalau mereka nak izinkan, itu bukan milik kerajaan. Perbadanan Stadium Merdeka milik swasta.

"Stadium itu tapak pengisytiharan kemerdekaan. Saya tidak fikir kita hendak cemarkan sejarah di situ dengan kegiatan perhimpunan.

"Kapasiti stadium juga terbatas. Pilih tempat sesuai, jangan berdegil dalam soal ini," katanya.

Menurutnya, penganjur sepatutnya menerima tawa-ran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya perhimpunan itu diadakan di Stadium Shah Alam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved