Jumaat, 8 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Komunis, pembelot mesti dihukum

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Di kebanyakan negara, penderhaka atau pembelot, misalnya membocor rahsia dan menyalurkan maklumat sensitif kepada musuh, boleh dihukum bunuh. Tindakan bersendirian atau berpakat dengan kuasa asing untuk mengguling pemerintah adalah perbuatan mengkhianati.

Di Malaysia, kira-kira 10 tahun lalu, kumpulan militan Al-Ma'unah bertindak ganas merompak senjata daripada kem tentera dan membunuh anggota keselamatan dalam satu usaha mengguling kerajaan. Gerakan yang dipercayai terpengaruh dengan retorik politik menubuhkan Daulah Islamiyah berjaya dipatahkan. Atas tuduhan melancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, ketua dan ahli kumpulannya dibicarakan dan dihukum mati atau penjara seumur hidup. Sebelum itu, ada juga usaha mengeluarkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia, kononnya untuk menjadikannya sebuah negeri merdeka. Mereka yang terlibat ditahan di bawah ISA kerana menderhaka dan mengancam keselamatan negara.

Begitulah juga usaha menghidupkan semula gerakan komunis. Ini kerja pengkhianat kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan. Sekumpulan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan polis di bawah Ordinan Darurat kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan subversif. Mereka adalah golongan anti-nasionalis dan anarkis yang tidak menghormati, apatah lagi menyanjung pengorbanan anggota keselamatan.

Padahal, rakyat tidak boleh terima kehadiran komunis. Lebih-lebih lagi bekas tentera dan polis yang berjuang menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan mangsa kekejaman komunis. Sewaktu Darurat (1948-1960), lebih 18,000 terkorban di tangan pengganas komunis. Mereka juga tidak memahami kesengsaraan keluarga mangsa terbabit.

Sebagai satu ideologi sosial, ekonomi dan politik, komunisme dan sosialisme sudah gagal. Ini terbukti dengan kejatuhan empayar Soviet pada 1990 setelah berkuasa di 50 republik selama lebih 70 tahun. Namun begitu, pengaruhnya belum mati. Penganut tersebut masih ada. Antara negara yang berfahaman ini termasuk China, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Kegiatan gerakan komunis dan sosialis masih kuat di India, Rusia, Filipina dan Nepal.

Saya percaya di negara kita juga masih ada. Sebuah dokumentari "Apa Khabar Orang Kampung" (Dahuang Pictures, 2007) oleh pembikin filem bebas, Amir Muhammad (yang juga menerbitkan dokumentari "Lelaki Komunis Terakhir" pada 2006) memberi gambaran matlamat gerakan komunis di negara ini.

Seorang anggota PKM yang ditemu ramah dalam dokumentari 72 minit itu berkata, mereka masih menaruh harapan untuk bergiat secara sah di Malaysia. Mereka berharap demokrasi negara ini akan lebih bebas dan terbuka, mungkin PKM boleh bertanding dalam pilihan raya di Malaysia.

Justeru, saya terfikir: Mungkinkah ada hubungan antara tuntutan Bersih yang mahu sistem pilihan raya lebih bebas dengan hasrat PKM itu? Tidak mungkinkah antara matlamat Bersih sebenarnya untuk buka laluan kepada PKM berdaftar sebagai parti politik di Malaysia?

Menurut anggota komunis itu lagi, PKM tidak menganggap perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada Disember 1989 sebagai kalah perang. Ia adalah satu perjanjian damai, bukan bermakna PKM meletak senjata atau menyerah kalah. Tegasnya, prinsip yang masih dipegang anggota PKM ialah "Tubuh duduk di negeri, tangan peluk ibu pertiwi, mata memandang seluruh dunia". Tambahnya: "Kita masih nak negara kita. Memang ada pihak tak setuju dengan ideologi kita. Tapi Malaysia tetap negara kita."

Di pasaran hari ini, bukan sahaja baju T dan risalah pro-komunis yang diedar. Buku, majalah, DVD dan VCD mengenai sejarah komunisme dan sosialisme, gerakan kiri seperti API dan AWAS, aktiviti Rejimen ke-10 serta perjuangan tokoh PKM (Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Suriani Abdullah, Shamsiah Fakeh, Abu Samah, Siti Norkiah Mahmud) banyak dijual secara terbuka. Buku Merah Mao Tse-Tung dan Das Kapital karya Karl Marx juga mudah diperoleh.

Setelah lebih setengah abad berjuang menentang keganasan komunis, kita berhak hidup aman. Keamanan, kestabilan dan perpaduan adalah hak semua rakyat negara ini, Kita tidak rela penderhaka atau pembela mencetus revolusi atau kekacauan. Rakyat patriotik berharap siasatan dijalankan penuh teliti dan terperinci terhadap kumpulan yang mahu hidupkan gerakan komunis. Jika disabit kesalahan, mereka patut dihukum seberat-beratnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dari hal berjuntai dan bergedik

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Setiap hari, sama ada di tepi Lebuh Raya Plus berhampiran susur keluar Rawang, ataupun di persimpangan Lebuh Raya Guthrie ke Lebuh Raya Latar yang baru siap, saya melihat papan tanda arah yang tertera: Bestari Jaya (Batang Berjuntai).

Apa yang menarik perhatian saya pada papan tanda itu ialah perkataan Batang Berjuntai yang diletak di dalam kurungan manakala di luar kurungan pula, Bestari Jaya.

Kurungan bermaksud Batang Berjuntai adalah nama lama bagi sebuah pekan yang masyhur dengan keunikan namanya selain warung nasi korek-korek yang popular bagi penuntut Unisel. Bestari Jaya pula adalah nama baru pekan itu.

Sebelum Bestari Jaya dimasyhurkan, nama Pekan Batang Berjuntai pernah ditukar kepada Berjuntai Bestari. Namun entah apa sebabnya, ia ditukar lagi.

Barang kali selagi ada perkataan 'berjuntai', selagi itulah nama pekan itu dirasai tidak serasi yang menyebabkan ia terpaksa ditukar lagi dan lagi.

Jika diumpamakan dengan budak kecil, mungkin juga budak itu semakin kuat menangis apabila ditukar nama baru hingga terpaksa diberi nama baru yang lain pula.

Tidak hairanlah saya mengapa nama Batang Berjuntai tidak betah disebut bagi orang yang tinggal di kawasan itu hingga nama pekan yang kini menjadi lokasi kampus Unisel itu terpaksa diubah.

Bayangkan apa yang dirasa jika anda berasal dari Batang Berjuntai dan apabila ada sesiapa yang bertanya mengenai anda, anda dirujuk sebagai 'budak Batang Berjuntai' atau 'orang Batang Berjuntai'.

Tidak! Saya bukan sengaja hendak beri idea yang jahat atau mengaibkan sesiapa tetapi itulah yang biasa berlaku.

Itu hal Batang Berjuntai.

Di Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan pula, ada sebuah kampung yang lebih hebat bunyi namanya - Batang Bergedik.

Jangan! Jangan ada sesiapa mengulang bayangan tadi dengan nama kampung ini kerana saya sendiri pun tidak sanggup untuk membayangkannya.

Itulah nama dua tempat yang sudah pasti bukan disengajakan oleh orang yang memberi nama itu untuk dikaitkan dengan sesuatu yang boleh mengundang ketawa dan memalukan. Akan tetapi sudah dimaklumi bahawa apabila nama Batang Berjuntai atau Batang Bergedik disebut, pasti ada yang tersenyum kambing. Saya kurang pasti pula sama ada satu tempat yang jadi hentian komuter di sempadan Selangor - Negeri Sembilan iaitu Batang Benar, turut mengundang reaksi serupa.

Di Sabah, ada sebuah bandar kecil tidak jauh dari Kota Kinabalu bernama Menggatal. Jika Batang Berjuntai ada Unisel, Menggatal pula tuan rumah bagi Universiti Malaysia Sabah (Unimas).

Ada seorang kawan bertemu jodoh dengan gadis dari bandar itu. Sebelum dia berkahwin, berlaku satu insiden tatkala dia ditanya oleh kawan-kawan mengenai bakal isterinya (sekarang mereka sudah pun berkahwin dan beranak pinak). Apabila ditanya mengenai tempat asal pasangannya, tanpa sebarang syak wasangka kawan saya itu memberitahu: "Gadis Menggatal!"

Anda bayangkanlah sendiri bagaimana reaksi sekalian yang mendengar pemberitahuan yang tulus mulus oleh kawan saya itu tetapi sudah diselewengkan oleh mereka yang berpemikiran kuning dan tidak bersih (nota: warna kuning bukan lambang bersih).

Selepas kejadian itu, agak lama juga si rakan berjauh hati dengan saya dan kawan-kawan lain hingga kami terpaksa mengadapnya secara khusus untuk meminta maaf.

Demikianlah. Nama tempat lebih-lebih lagi kampung halaman diri sendiri adalah sesuatu yang sangat sentimental lagi sensitif bagi kebanyakan orang. Secara peribadi, saya kurang bersetuju jika nama tempat ditukar a semata-mata atas sebab bunyi yang tidak sedap, berunsur ulu (pedalaman) atau sebagainya selagi ia tidak terlalu mengaibkan atau membawa makna yang tidak elok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved