Jumaat, 8 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ajal dua pemandu

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ajal dua pemandu KEMAMAN – Dua maut setelah sebuah bas persiaran membawa 22 pelancong Cina bertembung dengan sebuah Toyota Vios dalam nahas yang berlaku di selekoh di Kilometer 125 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Kemasik, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta, Siti Norliza Said, 24, dan pemandu bas persiaran, Liew Yun Tan, 67, meninggal dunia dalam perjalanan ketika dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Bagaimanapun, penumpang kereta yang juga ibu dan anak saudara Siti Norliza, Maimunah Teh Bakar, 50-an dan Mohd Irfan, 7, tidak mengalami kecederaan serius.

Semua pelancong Cina yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Pulau Redang juga terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun bas yang dinaiki mereka turut terbabas ke dalam semak selepas bas terbabit bertembung.

Akibat perlanggaran secara berdepan itu, kereta yang dipandu Siti Norliza yang berasal dari Kampung Tanah Lot, Gong Chengal, Kemasik yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu remuk teruk pada bahagian kanan, manakala bas turut remuk di bahagian hadapan dan terbabas sejauh 500 meter.

Sinar Harian difahamkan, selepas pertembungan itu bas terbabit yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan kemudian melanggar pengadang besi di sebelah kanan jalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok sebelum masuk ke dalam semak.

Rakan Anti Jenayah (RAJ) Kemasik yang tiba awal di tempat kejadian bertindak membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dan tidak sedarkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca kejadian masih lagi disiasat.

Dalam pada itu, seorang penumpang bas yang ditemui, Yeng Chooi Ping, 31, dari Kuala Lumpur berkata, nahas itu hanya disedarinya selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

"Tiba-tiba terdengar dentuman kuat selepas bas dan kereta bertembung dan ketika itu saya yang duduk hanya selang sebuah kerusi di belakang pemandu bas terdorong ke depan.

"Waktu itu bas sudah melanggar pengadang besi sebelah kanan jalan sebelum terbabas ke dalam semak sebelah kiri jalan sebelum kami semua keluar ikut pintu kecemasan di bahagian belakang bas.

"Nasib baik bas tidak terus terbabas ke kanan jalan, kalau tidak sudah tentu akan terjun ke gaung," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurutnya, sebelum kejadian mereka telah berhenti rehat selama 15 minit di kawasan Rehat dan Rawat Meraga Beris, Kijal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved