Jumaat, 8 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Musibah latihan sukan

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Musibah latihan sukan KUANTAN – Seorang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di sini tenat setelah disengat lebih 10 tebuan ketika menjalani latihan sukan 20 Jun lalu.

Mohamad Al-Amin Ibrahim, 8, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan setelah paru-parunya dikatakan gagal berfungsi kerana jangkitan kuman.

Bapa angkatnya, Abdul Aziz Mamat, 49 berkata, anaknya itu dikatakan disengat tebuan di bangunan pra sekolah tersebut dan terus dibawa ke rumah oleh pihak pengurusan sekolah tanpa merujuknya terus ke klinik atau hospital.

Menurutnya, anaknya itu disengat di bahagian kepala, leher, rusuk dan belakang sehingga menyebabkan seluruh badannya berubah menjadi kebiruan.

"Saya agak terkilan kerana guru di sekolah tersebut tidak terus membawa anak saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana tebuan yang menyengat anak saya ini bukan sedikit.

"Mereka terus membawa ke rumah saya dan isteri saya, Rosilawati Abdul Rahman untuk dibawa ke hospital," katanya yang apabila guru memaklumkan anaknya itu sengaja datang ke sekolah walaupun tiada latihan sukan.

Selain itu, dia juga agak terkilan kerana guru di sekolah tersebut tidak mengambil perhatian terhadap apa yang terjadi.

Sinar Harian dimaklumkan juga, pihak sekolah telah menghubungi bomba untuk memusnahkan sarang tersebut sehari selepas kejadian menimpa Al-Amin.

"Meraung-raung dia cakap pada saya seluruh badan dia sakit-sakit, dua minggu dia terlantar di hospital dia masih boleh bercakap dan sejak tiga hari lalu dia dimasukkan ke dalam ICU dalam keadaan separuh sedar, ada guru-guru datang menjenguk," katanya yang menjaga Al-Amin sejak berumur tiga hari sedih melihat keadaan anak bongsunya itu dalam keadaan tidak bermaya.

Sehubungan itu juga, mereka telah membuat laporan di Pejabat Pendidikan bagi memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku kepada orang lain dan dijadikan pengajaran kepada.

"Saya juga harap agar anak saya cepat sembuh kerana menurut doktor keadaan dia ketika ini benar-benar tenat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved