Jumaat, 8 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hanya bunyi tayar pecah

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hanya bunyi tayar pecah TAMAN MEWAH – Bunyi letupan beberapa kali mengejutkan penduduk di taman perumahan, di sini, apabila empat rumah di Lorong 11 terbakar dalam satu kejadian kebakaran awal pagi, semalam.

Mangsa, Musa Ghazali, 49, berkata, dia tidak menyangka kebakaran itu akan memusnahkan seluruh rumahnya memandangkan dia adalah jiran yang paling hampir dengan rumah yang dipenuhi tong gas.

Musa berkata, dia sedang tidur ketika kejadian tetapi dikejutkan dengan bunyi letupan namun, hanya menyangka bunyi tayar pecah.

"Selepas bunyi bising itu, anak saya bangun untuk melihat keadaan dan terkejut apabila melihat api di dinding luar rumah.

"Saya bertindak mengejutkan anak-anak dan mengarahkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri mengikut pintu belakang," katanya.

Menurutnya, dia yang hanya berkain pelekat masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil seluarnya kerana semua dokumen diri termasuk dompet dan telefon bimbit berada dalam poket seluar.

Katanya, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan hanya trauma sahaja.

"Mungkin untuk sementara, kami akan menumpang di rumah jiran.

"Jika semua telah selesai, barulah kami akan cuba membina semula kehidupan ini seperti sedia kala," kata ayah kepada empat cahaya mata.

Ibu masih berpantang panjat tembok

Sementara itu, Zurina Abu Bakar,43, berkata, dia yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua, 27 hari lalu terpaksa memanjat tembok di belakang rumahnya bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, bunyi letupan memang didengarnya tetapi tidak mengendahkan kerana telah terbiasa dengan bunyi bising.

"Tetapi ia semakin menjadi-jadi apabila pemuda yang berada di luar rumah membunyikan hon motosikal berkali-kali.

"Suami dan anak sulung sempat keluar melalui pintu hadapan, saya rasa tidak berdaya untuk keluar dari situ memandangkan kabel elektrik di hadapan rumah juga putus gara-gara bahang api," katanya.

Zurina berkata, walaupun dalam situasi genting, dia sempat mengingatkan anaknya untuk menyelamatkan dokumen penting memandangkan anaknya akan mengikuti kursus tidak lama lagi.

"Anak baru sahaja selesai memfotokopi semua dokumen seperti sijil dan sebagainya dengan hanya meletakkan di lantai rumah, jadi saya suruh dia ambil semua kerana ia tidak dapat dicari jika sudah terbakar.

"Setakat ini, ramai kawan-kawan yang mempelawa dan ingin membantu kami sekeluarga," katanya.

Katanya, dia bersyukur dengan semua pihak yang bertungkus lumus membantu keluarganya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tiba 3 minit lepas kebakaran

Manakala, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Taiping, Aziz Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.35 pagi dan tiba ke lokasi kejadian tiga minit kemudian dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting serta Taiping.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan merebak ke bahagian bumbung rumah lain menyebabkan bara-bara api itu memberi kesan pada perabot dalam rumah.

"Seramai 14 anggota bomba berjaya mengawal api jam 4.10 pagi bagaimanapun, kerja memadam api selesai selepas azan Subuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semua penghuni rumah yang terlibat berjaya menyelamatkan diri masing-masing namun, punca dan kerugian masih disiasat.

Kejadian pertama sejak 15 tahun

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rahmat, Abdullah Sani Abdul Khalid berkata, selama 15 tahun dia tinggal di taman perumahan itu, kejadian kebakaran berkenaan adalah kali pertama berlaku.

Menurutnya, dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur terus ke lokasi kejadian setelah terdengar bunyi letupan.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

"Buat masa ini, pihak JKKK akan mengusahakan untuk mencari rumah sewa atau dewan bagi penduduk menetap buat sementara waktu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved