Jumaat, 8 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Usaha lolos gagal

Posted: 07 Jul 2011 05:00 PM PDT

Usaha lolos gagal TANAH MERAH - Usaha empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut untuk melarikan diri gagal apabila tiga daripada mereka berjaya ditangkap semula di Batu 11 dan seorang lagi masih diburu.

Empat pelatih pusat serenti itu melarikan diri dengan menaiki lori pembekal makanan kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dan dipercayai mahu ke utara kerana tiga darinya berasal dari Kedah dan seorang lagi dari Melaka, namun gagal.

Ketua Operasi Kelab Sahabat Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ), Che Aziz Yusof berkata, maklumat mengenai empat pelatih itu diterima dari ahli di Pasir Putih yang mengatakan lori dinaiki empat pelatih itu dari Machang ke Tanah Merah.

"Bertindak atas maklumat di SKTMJ bertindak mengejar lori yang mereka naiki terbabas dan masuk ke longkang berdekatan stesen minyak.

"Mereka keluar daripada lori berkenaan ke stesen minyak untuk mencuri sebuah lagi kenderaan, namun cubaan tersebut gagal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, usaha empat pelatih itu melarikan diri gagal apabila tiga darinya sudah berjaya ditangkap dan seorang lagi masih diburu kerana masih lagi berada di kawasan sekitar.

"Kami di SKTMJ akan cuba membantu dan memantau untuk sama-sama menangkap seorang lagi pelatih tersebut," katanya.

Antara pihak yang bertindak tangkas dalam operasi penangkapan tersebut adalah polis, SKTMJ dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Besut kira-kira jam 10.45 pagi memaklumkan kejadian itu.

"Lori yang dilarikan empat pelatih lelaki berkenaan terlepas ketika melalui sekatan jalan raya di Bukit Yong sehingga menyebabkan salah seorang anggota trafik terpaksa mengejar mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, berlaku pintas memintas ketika Lans Koperal Anuar Ali, 30, yang menaiki motosikal semasa cuba menahan lori itu dan anggota itu jatuh ketika dihimpit lori itu.

Mohd Kamal berkata, akibat kejadian itu Anuar terbabas dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan cedera ringan badan serta dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved