Khamis, 9 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat wanita ditemui ngeri

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mayat wanita ditemui ngeri IPOH – Seorang lelaki menemui mayat wanita dalam keadaan ngeri di belukar berdekatan Taman Rishah, berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat Lebuh raya Ipoh-Lumut, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, lelaki berkenaan terhidu bau busuk seakan bangkai haiwan ketika hendak buang air kecil di kawasan belukar berhampiran tokong sebelum melihat mayat wanita lengkap berpakaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superinten dan Ibrahim Abu Bakar berkata, sejurus menerima laporan, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat wanita berkulit putih, berkemeja-T biru gelap dan berseluar dengan beberapa kesan kecederaan di badan.

"Mayat wanita dipercayai berusia 20-an itu, ditemui dalam keadaan kedua-dua pergelangan tangan dikelar, manakala dahi, pipi dan leher ditetak.

"Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri gagal ditemui menyebabkan pihak kami sukar mengenal pasti identiti mayat itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Ibrahim berkata, hasil bedah siasat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, mendapati kesan kecederaan teruk itu dipercayai akibat dikelar atau ditetak menggunakan senjata tajam.

Menurutnya, wanita berketinggian 162 sentimeter itu tidak dirogol dan dipercayai berada di kawasan terbabit tidak kurang 72 jam.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke kawasan terbabit.

"Setakat ini, polis sudah memanggil beberapa individu untuk mengenal pasti sama ada mayat ditemui adalah mangsa hilang yang dilaporkan sejak Januari lalu.

Berikutan itu, Ibrahim meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-524 9091, bagi membantu siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dipenjara kerana ketuk isteri dengan jag

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dipenjara kerana ketuk isteri dengan jag KUANTAN - Seorang lelaki yang menghentak jag plastik ke kepala isterinya terpaksa meringkuk empat bulan dalam penjara kerana gagal membayar denda RM1,500 dikenakan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Shahadan Norham, 51, mengaku mencederakan Yusnimar Lebai, 50, seorang warga asing, di sebuah rumah di Batu 7 Jalan Gambang-Kuantan, kira-kira jam 5 petang, 28 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, Shahadan ditangkap sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah pada 1 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin di hadapan Majistret Nordiana Abdul Aziz.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved