Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Industri automatif Jepun kucar-kacir akibat gempa Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT Industri automatif Jepun kucar-kacir akibat gempa
Gempa bumi dahsyat yang melanda wilayah Tohoku, di timur Jepun disusuli tsunami pada 11 Mac serta ancaman radiasi berikutan kerosakan loji nuklear Fukushima No.1, telah menimbulkan kucar-kacir pada ekonomi Jepun.
Malapetaka itu telah menghentikan kebanyakan kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di banyak kawasan paling teruk dilanda bencana itu. Kebanyakan syarikat yang terletak di luar kawasan mengalami kesan gempa bumi dan tsunami itu juga terpaksa menghentikan pengeluaran berikutan gangguan kuasa serta kesukaran mendapatkan sumber bahan mentah, alat ganti, komponen dan barangan siap. Wilayah Tohoku adalah antara pusat kawasan pengeluar alat ganti dan bahan komponen automotif yang penting. Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (Jama) berkata, jualan kenderaan baharu pada April merudum kepada rekod 47.3 peratus berbanding setahun lalu berikutan gangguan pengeluaran yang disebabkan kekurangan alat-alat ganti berikutan gempa bumi dan tsunami 11 Mac. "Ini merupakan bulan kedua berturut-turut penurunan mendadak jualan kenderaan, selepas jualan Mac 2011 yang turun 35.1 peratus. "Toyota mencatat penurunan paling teruk sebanyak 68.7 peratus manakala pengeluaran Honda mengecut 48 peratus dan Nissan 37.2 peratus." katanya. Menurut Jama, pengeluaran tidak dijangka kembali ke paras pra-gempa bumi sehingga lewat tahun ini dan tidak dapat memenuhi permintaan para pelanggan bagi serahan mengikut masa. Katanya, menjelang pertengahan April, kesemua kilang memulakan semula operasi, bagaimanapun, pengeluaran di talian pemasangan dilakukan pada paras rendah antara 50 dan 70 peratus berbanding paras pragempa bumi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT Celcom terus kukuh
Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad (Celcom), terus kukuh dalam mengekalkan momentumnya apabila memulakan tahun ini secara positif dengan perolehan meningkat dua peratus kepada RM1.74 bilion berbanding RM1.70 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan mencatatkan peningkatan lima peratus kepada RM811 juta untuk suku ini berbanding RM773 juta tahun lalu, dengan margin 46.7 peratus. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk seri Shazalli Ramly berkata, peningkatan tersebut adalah permulaan baik untuk memulakan tahun ini dengan semua petunjuk utama menunjukkan peningkatan berterusan. "Peningkatan perolehan juga disumbangkan menerusi kempen 'Our Celcom Our Sale' dan 'Axiata Roam' telah dilancarkan Disember tahun lalu untuk menarik lebih banyak penggunaan suku pertama terutamanya dalam segmen pasca bayar," katanya kepada Sinar Harian. Manakala, pelanggan Celcom terus mencatatkan peningkatan sembilan peratus antara 10.4 juta dan 11.3 juta pelanggan aktif. "Pertambahan ini adalah berdasarkan kempen dijalankan dan kejayaan mencapai sasaran bagi segmen tertentu termasuk pekerja asing di luar negeri," katanya. Sementara itu, Celcom turut mengekalkan posisinya sebagai peneraju penyedia jalur lebar di Malaysia dengan 876,000 pelanggan sehingga penghujung Mac. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan