Khamis, 9 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Thai ke tali gantung

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga Thai ke tali gantung KOTA BHARU - Seorang lelaki Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar hampir 30 kilogram ganja dalam satu tangkapan di Pengkalan Kubor, Tumpat, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Azman Abdullah, memutuskan hukuman itu sejurus meneliti keterangan keseluruhan pembelaan dan pembuktian pihak pendakwa terhadap Dolah Malong, 49.

Menurutnya, peguam bela, Mohd Zamri Mat Nawang gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan Dolah yang berasal dari Talamai, Tak Bai, Thailand itu.

"Pembelaan bahawa Ismail yang menganiayanya dengan meletakkan 32 ketulan Kanabis di tempat tayar simpanan gagal menimbulkan keraguan kerana dadah tersebut bukan sahaja sukar didapati malah mencecah harga puluhan ribu ringgit.

"Tempat penyimpanan juga bukan bercorak penganiayaan, tetapi lebih kepada bertujuan untuk tidak mahu dadah itu diketahui pihak berkuasa," katanya.

Dolah disabitkan dan didapati bersalah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar 28,824 gram kanabis, 20 Julai 2010 lalu.

Dia ditahan jam 11.37 pagi, ketika melalui pemeriksaan di hadapan Pejabat Cawangan Pencegahan (Operasi), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pengakalan Kubor, Tumpat, pada tarikh berkenaan.

Sejurus prosiding tamat jam 3.50 petang semalam, isteri kedua Dolah meluru mendakap suaminya itu sehingga mengundang suasana hiba di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun, bapa tiga anak berusia antara 19 dan lima tahun itu dilihat sempat melemparkan senyuman sambil menenangkan tangisan isterinya itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Gan Peng Kun.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved