Khamis, 9 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Perbicaraan waktu malam

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perbicaraan waktu malam

KUANTAN- Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, catat sejarah, buat kali pertamanya mengadakan perbicaraan kes syariah di sebelah malam disebabkan kes berkenaan semakin meningkat, di sini malam semalam.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Muhammad Azhari Abd Rahman berkata, sehingga kini sebanyak sepuluh hingga 15 kes dibicarakan di mahkamah itu dalam sehari.

Menurutnya, kes sebutan pula ialah di antara 30 hingga 40 kes sehari sementara pendaftaran kes di mahkamah tinggi syariah Kuantan juga meningkat.

"Dalam tempoh enam bulan pertama, sebanyak 500 kes didaftarkan berbanding tahun lalu iaitu 450 kes dalam tempoh sama," katanya kepada pemberita malam tadi sebelum kes perbicaraan berlangsung.

Katanya, malam ini (semalam) adalah percubaan pertama menyahut seruan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu kes syariah tertunggak di selesaikan.

Beliau berkata, kes tertunggak paling lama yang dibicarakan ialah tahun 2006 dan malam ini (semalam) ada tujuh sebutan dan satu kes yang dibicarakan.

"Ini adalah kes perbicaraan malam yang pertama di Pahang dan kedua di Malaysia dan perbicaraan akan diadakan dua kali seminggu," katanya.

Selain itu, katanya, tujuan perbicaraan malam juga memudahkan saksi yang tinggal jauh hadir di mahkamah tetapi hanya membabitkan kes Mal (sivil) seperti fasakh, poligami dan hak penjagaan.

Untuk kes pertama malam ini, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus akan mendengar perbicaraan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved