Khamis, 9 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

"Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya," katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan "langkah mayatnya dulu" sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Karangkraf dekati warga utara

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Karangkraf dekati warga utara

SHAH ALAM - Pembaca setia majalah dan buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf berpeluang mengenali pengendali di sebalik bahan bacaan yang digemari mereka di Mini Karnival Karangkraf, bertempat di Sungai Petani, Kedah.

Penasihat Projek Mini Karnival Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, karnival dari 10 hingga 12 Jun itu memberi peluang kepada ibu bapa membawa anak-anak bercuti sambil menjana minda.

"Sementara musim cuti sekolah masih berbaki, mereka bukan sahaja boleh mengisi masa lapang, malah memperoleh ilmu pengetahuan kerana kita menyediakan bahan bacaan sesuai untuk semua peringkat usia.

"Memandangkan ini kali pertama kita mengadakan Mini Karnival Karangkraf di luar kawasan, saya tidak dapat menjangkakan berapa jumlah pengunjung, tetapi saya percaya, sambutan yang akan diterima amat menggalakkan," katanya.

Menurutnya, Karnival yang akan berlangsung di Dataran Jam Besar, Sungai Petani itu turut mengalu-alukan kunjungan pembaca dari Pulau Pinang dan Perlis.

"Inilah peluang mereka memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Sekiranya sambutan kali ini memberangsangkan, kita akan adakan pula karnival seperti ini di Plaza Angsana, Johor, Oktober hadapan," katanya.

Firdaus berkata, seperti karnival sebelum ini, Mini Karnival Karangkraf kali ini turut menye diakan pelbagai aktiviti di samping potongan harga bagi bahan bacaan baru atau lama yang dibeli pengunjung.

"Kali ini kita menawarkan potongan lebih 35 peratus. Selain itu, mereka yang berkunjung ke sini tidak pulang dengan tangan kosong kerana terdapat pelbagai hadiah lumayan menanti," katanya.

Kali ini, pengunjung turut berpeluang bertemu dengan penulis-penulis kegemaran yang akan dijemput khas untuk bersama-sama mereka sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival itu.

"Mungkin warga utara tidak berkesempatan untuk hadir ke Karnival Karangkraf ketika diadakan di Shah Alam atau Kuala Lumpur, jadi, kesempatan yang ada boleh dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.

"Kita harap, dengan adanya sokongan pembaca, Karangkraf mampu mengorak langkah lebih jauh lagi bagi memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja dan generasi muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved