Khamis, 9 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gempur VCD, DVD haram

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gempur VCD, DVD haram SHAH ALAM – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor menumpaskan aktiviti haram menghasilkan cakera padat video (VCD), cakera padat digital (DVD) termasuk perisian cetak rompak bernilai RM1.2 juta bagi tempoh Januari lalu sehingga kelmarin.

Terbaru, PPDNKK Selangor merampas 46 salinan langgaran jenama perisian komputer bernilai RM355,000, dalam satu serbuan di sebuah syarikat hiasan dalaman di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Penguat kuasanya, Othman Nawang berkata, serbuan kira-kira jam 2.50 petang itu dijalankan hasil maklumat dan risikan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui empat komputer bersama empat unit pemprosesan pusat (CPU), peralatan digunakan membuat salinan perisian cetak rompak.

"Siasatan lanjut mendapati semua CPU terbabit mengandungi 46 salinan jenama perisian yang tidak memiliki lesen daripada pemilik hak cipta sebenar," katanya.

Othman berkata, semua komputer termasuk CPU disita, manakala, keterangan daripada pekerja premis serta pengarah syarikat itu diambil untuk membantu siasatan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Menurutnya, pihaknya sedang menjejaki dua individu lelaki, masing-masing berusia 40-an yang juga pengarah kepada premis perniagaan diserbu kelmarin.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap langgaran.

Menurutnya, individu yang melakukan salinan cetak rompak boleh didenda minimum RM4,000 untuk setiap alat rekaan digunakan dan maksimum RM40,000.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved