Khamis, 9 Jun 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Murid tahun 6 wakili negara

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Murid tahun 6 wakili negara BESUT - Adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, bukan sahaja khatam al-Quran seawal usia 6 tahun 6 bulan, tetapi paling membanggakan, dia satu-satunya kanak-kanak di negara ini bakal mewakili negara ke Pusingan Akhir Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar.

Pertandingan itu adalah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al-Jazeera.

Anak kepada pasangan guru, Nurunnajmi Yaacob, 40, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan Sauzan Ibrahim, 39, tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah itu, bakal berlepas ke negara Timur Tengah itu, dijangka penghujung bulan ini.

Menurut Nurunnajmi, anak perempuannya yang belajar di SK Lubuk Kawah itu terpilih mewakili negara selepas melalui dua saringan yang diadakan kerajaan Qatar.

4,000 kanak-kanak seluruh dunia jalani saringan, 63 terpilih termasuk Nurussyahamah

"Saringan pertama diadakan pada 17 Februari lalu di Kuala Lumpur bersama 49 orang dari seluruh negara, dan hanya tiga daripada mereka termasuk anak saya terpilih untuk ke saringan peringkat kedua pada April lalu.

"Seramai 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia melalui saringan oleh kerajaan tersebut untuk memilih 63 orang yang akan bertanding pada peringkat akhir di Qatar nanti bersama anak saya," katanya sambil mengucap syukur.

Nurunnajmi yang menjadi guru al-Quran dan taranum anaknya itu berkata, daripada 63 orang itu pula, tiga orang akan dipilih kerajaan Qatar untuk menentukan yang terbaik dalam pertandingan yang akan diadakan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau membimbing anaknya membaca al-Quran secara berlagu dan tajwid bukan semata-mata mahu mengejar kejayaan dalam pertandingan, tetapi ia sebagai ilmu buatnya, manakala pertandingan hanya sampingan untuk memastikan setiap kesalahan dan kelemahan diperbaiki.

"Saya turut membawa anak saya belajar tajwid dan taranum daripada bekas Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud di Bachok, Kelantan," kata guru itu mengenai anak kedua daripada empat beradik, yang semuanya perempuan itu.

Menurutnya, anaknya meminati al-Quran sejak kecil dan dia mula belajar membaca al-Quran bermula dari usia 4 tahun dan khatam kira-kira dua tahun selepas itu.

"Dari umur 6 tahun setengah hingga 8 tahun pula, dia khatam al-Quran sebanyak empat kali dan setakat ini, dia pernah menjadi johan j-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008, tiga kali wakil negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan peringkat sekolah-sekolah, selain pernah merangkul Naib Johan Kebangsaan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO Bahagian Besut menyumbang sebanyak RM5,000 kepada kanak-kanak itu bagi membiayai kosnya ke Doha nanti.

"Kita amat berbangga dengan pencapaian adik Nurussyahamah Taqiah dan kejayaan ini selaras dengan slogan Besut Bumi Ulul Albab yang diperjuangkan UMNO Bahagian Besut bagi melahirkan rakyat yang cemerlang dalam pelbagai disiplin ilmu," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved