Isnin, 5 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Rundingan gagal

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rundingan gagal SIRTE - Tentera pemberontak Libya bersedia melancarkan serangan akhir ke atas kubu kuat pemimpin dalam pelarian, Muammar Gaddafi selepas kegagalan rundingan untuk beliau menyerah diri, semalam.

Perunding pemberontak, Abdullah Kanshil berkata, tentera penentang Gaddafi kini sedang mengepung bandar Bani Walid yang terletak 150 kilometer dari Tripoli, di mana rundingan dijalankan dan mereka hanya menunggu lampu hijau untuk melancarkan serangan.

Tentera pro-Gaddafi diberikan tempoh sehingga Sabtu lalu untuk menyerahkan bandar Bani Walid yang dijadikan kubu baru pemerintahan Gaddafi atau berhadapan serangan pemberontak.

Sementara itu, laporan baru muncul mengenai kerajaan China menawarkan penjualan senjata kepada Gaddafi, Julai lalu, sekali gus memburukkan lagi hubungan sedia goyah antara Beijing dan pemberontak Libya.

Namun Beijing semalam menafikan laporan media Barat mengenai dokumen ditemui di Tripoli kononnya menunjukkan syarikat China sedia menjual pelbagai senjata kepada Gaddafi, bercanggah dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mesir tutup terowong Gaza

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Mesir tutup terowong Gaza KAHERAH - Tentera Mesir mula menutup terowong-terowong penyeludupan ke Gaza, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa Israel mengeluarkan amaran kononnya pejuang Palestin merancang menyerang Israel melalui Mesir.

Menurut penduduk tempatan, pasukan tentera Mesir memulakan kerja-kerja menutup pintu terowong dengan batu-bata dan pasir.

Penduduk di kediaman berhampiran sempadan itu juga diarah menutup lubang terowong yang mungkin terdapat di rumah mereka jika tidak mahu dikenakan sebarang hukuman.

Sebelum ini, terowong bawah tanah itu dijadikan laluan penyeludupan bahan mentah dari Mesir ke Gaza bagi memenuhi permintaan asas penduduk Palestin selepas wilayah itu dikenakan sekatan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis sejak 2007.

Tel Aviv kerap menuduh laluan rahsia itu digunakan untuk penyeludupan senjata api dan kerajaan Mesir terdahulu membina dinding keluli di bawah tanah bagi menyekat pembinaan terowong itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved