SH |
Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT Hangus sekelip mata
TANAH MERAH - Sekeluarga hilang tempat tinggal dalam sekelip mata apabila rumah yang didiami hampir 30 tahun hangus dalam masa 15 minit dalam kejadian dekat Kampung Air Chanal, semalam.
Mangsa, Mek Kelthom Samad, 53, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dia sedang menoreh getah selang dua kilometer dari rumahnya manakala suaminya Mohamad Awang, 60, menoreh getah di Kampung Berdang, Jeli. "Hanya menantu yang serat mengandung lapan bulan Maizatul, Hashilawati Salahudin, 30, yang berasal dari Perak sedang menyidai baju di hadapan rumah dan ayah saya yang lumpuh Samad Mat Min, 90, berada di rumah berkenaan, tiga anak yang lain pergi ke Pulau Chondong, Machang kerana ada kenduri. "Apabila ada orang memberitahu rumah terbakar saya terus balik ke rumah, nasib baik anak lelaki saya Azri Mohamad, 22, sempat yang menyelamatkan ayah yang tidak dapat berjalan ketika api sedang marak. Alhamdulillah tiada siapa yang cedera," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dekat rumahnya. Mek Kelthom berkata, rumah tersebut sudah 30 tahun didiami dan kejadian tersebut adalah kali pertama. "Sangat terkejut, namun reda dengan kejadian yang berlaku syukur tiada siapa yang cedera, kerugian harta benda dapat dicari semula yang penting semuanya selamat. "Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa, ketika sampai ke rumah saya sempat masuk ke dalam mencapai pakaian namun ramai jiran menyuruh keluar bimbang dengan keselamatan kerana api marak dan merebak dengan cepat sejurus api bermula dari salah sebuah bilik di rumah tersebut. Sementara itu, jiran mangsa, Sapinah Che Wan, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang menoreh getah berdekatan rumah dan terdengar bunyi dentuman yang kuat. "Mak cik ingatkan budak-budak yang bermain mercun rupa-rupanya bunyi kuat yang berdentum itu datangnya dari rumah Mek Kelthom yang terbakar," katanya. Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanah Merah ketika dihubungi mengesahkan kejadian di mana pihaknya menerima panggilan pada jam 10.16 minit pagi dan sampai ke tempat kejadian pada jam 10.47 pagi. "Ketika sampai ke tempat kejadian api sedang marak merebak keseluruhan rumah dan pihak kami mengambil masa selama satu jam untuk memastikan kebakaran betul-betul padam. "Dengan kekuatan enam anggota dan satu jentera bersama 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Jeli operasi memadam kebakaran berjalan lancar," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan