Isnin, 5 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gempar, 2 kilang perabot terbakar

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Gempar, 2 kilang perabot terbakar TASEK – Siapa sangka, suasana lewat petang kelmarin yang tenang bertukar menjadi kecoh apabila penduduk sekitar digemparkan dengan kebakaran yang melibatkan dua kilang.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.45 petang itu memusnahkan hampir 70 peratus bangunan kilang berkenaan yang masing-masing adalah kilang perabot.

Berikutan kejadian itu, keadaan lalu lintas di beberapa laluan utama sekitar kawasan Tasek menjadi sesak dan ada antaranya terpaksa ditutup dalam tempoh beberapa jam bagi tujuan keselamatan penduduk serta pengguna.

Penduduk, Safura Ayub, 50, berkata, ketika kejadian berlaku, dia bersama anak-anaknya berada dalam rumah.

"Ketika menonton televisyen, makcik dan anak-anak dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti bom sebanyak tiga kali.

"Dentuman kuat itu menyebabkan makcik terkejut dan tiba-tiba makcik terdengar suara jeritan orang," katanya.

Sejurus itu, dia bersama anak-anak bergegas keluar dan melihat kepulan api.

"Sepanjang 23 tahun menetap di Tasek, kebakaran ini adalah kali pertama berlaku dan menyebabkan makcik sekeluarga terpaksa berhadapan bahang panas.

"Atas nasihat pihak bomba, makcik diminta untuk meninggalkan rumah sementara waktu bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kerana rumah yang didiaminya hanya beberapa meter sahaja dari kilang berkenaan," katanya.

Difahamkan, kerja memadam kebakaran pada peringkat permulaan agak sukar berikutan bekalan air sukar diperoleh.

Sehubungan itu, beberapa pasukan bomba dari kawasan sekitar terpaksa bergegas ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, seramai 50 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dengan masing-masing terdiri dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, BBP Nibong Tebal, BBP Perai, BBP Jalan Perak, BBP Perda dan BBP Bayan Baru manakala hampir 20 lagi dari BBP Sukarela.

"Pihak bomba menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 7.14 malam dan tiba di lokasi kejadian pada jam 7.25 malam.

"Dalam tempoh 25 minit, pasukan bomba berjaya memadam kebakaran meskipun pada peringkat permulaan mengalami kesukaran kerana kekurangan air.

"Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal dengan menggunakan bekalan air dari pili bomba, sungai dan parit berhampiran.

"Punca dan jumlah kerugian kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,"katanya.

Kebakaran yang melibatkan kawasan seluas dua hektar itu juga turut mendapat perhatian daripada beberapa pemimpin setempat antaranya Adun Sungai Bakap, Makhtar Shapee; Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Tasek, Anuar Md Desa dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) Tasek, Mohd Said Mohd Zain.

Makhtar berkata, selaku pemimpin setempat, beliau bersimpati terhadap apa yang berlaku dan turut melahirkan rasa syukur apabila tiada penduduk atau pekerja kilang yang cedera.

Sementara itu, sumbangan hamper turut diberikan untuk dua keluarga yang tinggal berhampiran kilang terbabit menerusi ahli JKKKP Tasek.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved