Isnin, 5 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pusat jagaan kucing diserbu

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pusat jagaan kucing diserbu

PETALING JAYA - Puluhan pemilik kucing menyerbu sebuah premis di Damansara Damai selepas pengurusan pusat penjagaan terbabit dikatakan gagal menyerahkan kucing masing-masing pada tarikh yang dijanjikan.

Sejurus tiba di premis berkenaan, pemilik kucing masih gagal hubungi individu terbabit menyebabkan mereka terpaksa memecahkan pintu premis untuk keluarkan 100 ekor kucing.

Paling mengejutkan, 12 bangkai kucing ditemui dan 88 lagi dalam keadaan lemah dipercayai tidak diberi makan apabila makanan haiwan berkenaan tidak terusik.

Salah seorang pemilik kucing, Sabirah Hassan, 34, berkata, dia mendapat tahu mengenai pusat jagaan berkenaan selepas melayari laman sosial.

"Saya hantar tiga ekor kucing sejak 26 Ogos lalu sehingga Sabtu lepas sebab hendak pulang berhari raya ke kampung. Pada hari hendak ambil kucing, saya telefon pemilik pusat itu tapi tidak berjawab langsung.

"Jam 6 petang dia (pusat penjagaan kucing) telefon semula saya dan janji hendak hantar kucing pada waktu malam tetapi dia hubungi saya semula suruh datang ke kedai pada pagi Ahad, tetapi ada dua ekor sahaja kucing yang ada, satu lagi disimpan di dalam van dan hanya diambil pada hari ini (semalam)," katanya.

Menurutnya, makanan kucing yang dibekalkan juga tidak terusik dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kucingnya tidak diberi makan sepanjang tempoh itu.

Seorang lagi pemilik kucing, Shazana Mahazir 26, berkata, setakat ini semua pemilik akan membawa perkara tersebut ke mahkamah," katanya

Sementara itu Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zon 1, Syed Abdul Malik Syed A Hamid Al-Jafree yang turut ke lokasi bersama anggota penguat kuasa MBPJ memberitahu bahawa pemeriksaan awal mendapati lesen premis berkenaan telah tamat sejak 2009.

"Lesen yang dipohon sebernarnya adalah untuk jual makanan kucing, bukan jual atau dijadikan pusat penjagaan kucing walau bagaimanapun perkara ini kita akan siasat," katanya

Difahamkan setakat ini sebanyak 10 laporan polis sudah dibuat berhubung perkara berkenaan.

Sinar Harian cuba menghubungi pemilik pusat jagaan kucing berkenaan untuk mendapatkan maklum balas namun gagal.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved