Isnin, 5 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Tiada tindakan mahkamah terhadap penganjur kata keluarga Noramfaizul

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiada tindakan mahkamah terhadap penganjur kata keluarga Noramfaizul

KUALA LUMPUR - Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya kepada pemberita di kediamannya, dekat sini hari ini.

Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata, setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih masing-masing dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda daripada membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia.

KJ bukan setaraf Mat Sabu untuk berdebat

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

KJ bukan setaraf Mat Sabu untuk berdebat

KOTA BHARU -Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tidak setaraf dengan Mohamad Sabu yang memegang kerusi nombor dua Pas untuk berdebat kerana Ahli Parlimen Rembau itu hanya sesuai berdepan dengan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan debat berkenaan kerana ia boleh dijadikan ruang kepada Khairy untuk menunjukkan bakatnya yang selama ini tidak dipandang oleh pemimpin UMNO yang lain.

"UMNO tidak hargai Khairy jadi bagi peluang kepada beliau tunjuk bakat berdebat. Tetapi bukan dengan Mat Sabu kerana beliau tidak setaraf dengan Timbalan Presiden Pas. Mat Sabu setaraf dengan Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved