Selasa, 6 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Seludup gading gajah ke China

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Seludup gading gajah ke China PELABUHAN KLANG – Kastam mematahkan dua cubaan seludup gading gajah ke China, dianggarkan bernilai RM5.3 juta dalam operasi di Selangor dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

:Dalam rampasan di Pelabuhan Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu, dua kontena yang diikrarkan sebagai bahan plastik kitar semula dipenuhi 664 gading gajah, seberat 1,586 kilogram (kg).

:Susulan itu, Jumaat lalu, bertindak atas maklumat daripada Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang, sepasukan Kastam Selangor dari bahagian sama menarik keluar dua buah kontena di Pelabuhan Barat.

:Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin terhadap kontena tersebut menemui 695 gading gajah seberat dua tan.

:Katanya, turut ditemui dalam kontena yang diikrarkan bermuatan plastik kitar semula itu adalah 92 beg plastik di bahagian depan dan belakang kontena.

:"Gading gajah itu disembunyikan di bahagian tengah kontena dan dilindungi bahan plastik sebagai helah untuk mengaburi mata penguat kuasa.

:"Gading ini dari Tanzania dan dipercayai daripada sindiket sama berdasarkan modus operandi yang serupa di kedua-dua negeri," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, semalam.

:Beliau berkata, harga pasaran terhadap gading tersebut dianggarkan bernilai RM1,500 sekilogram.

:Katanya, siasatan lanjut mendapati keempat-empat kontena tersebut dari Pelabuhan Dar Es Salaam dan menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum dihantar ke China.

:"Kita tidak pasti mengapa Malaysia dijadikan transit kerana ia akan melalui proses lain yang ketat di sini," katanya.

:Beliau berkata, siasatan lanjut untuk mengesan individu yang bertanggung jawab terhadap kes tersebut sedang dilakukan.

Lelaki Sudan menyamar wakil PBB

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki Sudan menyamar wakil PBB KUALA LUMPUR – Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket mendakwa wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang boleh menawarkan status pelarian kepada pekerja warga asing.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam 25 Ogos lalu, Chong berkata, dia berada di sebuah kedai makan SS2, Petaling Jaya apabila melihat seorang lelaki warga Sudan sedang memarahi pemilik premis itu.

Chong kemudian bertanyakan apa yang berlaku, tetapi lelaki tersebut dengan lagaknya mengatakan kononnya dia wakil PBB yang boleh mendaftarkan pekerja warga asing untuk mendapatkan status pelarian.

Menurutnya, dia kemudian meminta lelaki itu, mempamerkan kad PBB seperti didakwanya itu, tetapi lelaki itu enggan menuruti sebelum Chong mempamerkan kad kuasa Ikatan Relawan Malaysia (Rela).

Dalam pada itu, pemilik premis itu mendakwa sebelum itu, suspek datang ke kedainya pada waktu siang bersama dua anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), tetapi kerana dia sibuk maka lelaki itu kembali pada waktu malam.

Menurutnya, dia kemudian membawa mengajak lelaki tersebut ke balai polis berhampiran.

"Ketika berada di balai, lelaki itu tidak mempunyai kad PBB seperti didakwa sebaliknya hanya kad pelajar Universiti Malaya sesi 2008/2009.

"Polis kemudian menahannya untuk siasatan lanjut," katanya di Wisma MCA di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati modus operandi lelaki tersebut menyamar serta menipu dua anggota MBPJ tersebut bagi meyakinkan pemilik premis

Chong berkata, lelaki itu menipu dua anggota MBPJ tersebut kononnya hendak membuat kajian soal selidik di kedai tersebut.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai meminta wang berjumlah antara RM1,000 hingga RM2,000 dari pemilik premis bagi mendaftarkan pekerja warga asing sebagai status pelarian.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, suspek tidak sempat meminta sebarang wang daripada mangsa.

"Saya turut membuat semakan di pejabat PBB dan mereka menafikan menghantar wakil seperti itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai terutamanya pemilik premis yang mempunyai pekerja warga asing supaya berhati-hati ketika didatangi pihak-pihak tertentu yang kononnya dapat mendaftarkan mereka dan sebagainya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved