Selasa, 6 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dua beradik serah diri

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik serah diri KUANTAN- Dua individu dipercayai adik- beradik yang sebelum ini dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian lembu di Kampung Tanjung Putus, Bukit Rangin dekat sini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, petang kelmarin.

Kedua-dua mereka Suhaimi Mat Yacob, 47 dari Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok dan Mustakim Mat Yacob, 44 dari Kampung Bugis, Beserah dekat sini tampil meyerah diri Sabtu lalu selepas gambar mereka tersiar di akhbar.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, dua beradik itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis berpuas hati dengan keterangan Suhaimi yang merupakan pemilik asal kereta jenis Proton Satria yang digunakan dalam kegiatan tersebut dan dia difahamkan dibebaskan petang semalam.

"Mustakim yang membeli kenderaan itu sejak dua tahun lalu masih ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Kamaruzzaman berkata, suspek sebenar kes curi lembu itu sudah dikenal pasti berdasarkan keterangan kedua-dua mangsa.

"Suhaimi dalam keterangannya mendakwa sudah menjual kereta tersebut kepada adiknya, Mustakim kira-kira dua tahun lalu bagaimanapun tidak menukar nama.

"Mustakim pula mencagarkan kereta tersebut kepada individu lain (suspek) tanpa menyedari kenderaan tersebut digunakan dalam kegiatan curi lembu," katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjejaki dua suspek dan percaya kes tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Polis percaya kegiatan itu melibatkan lebih daripada dua suspek dan siasatan terus dijalankan bagi mengenal pasti semua yang terlibat," katanya.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, seorang penternak lembu terkejut apabila terdengar bunyi tembakan sebelum ternampak salah seekor lembunya rebah.

Pada masa yang sama dia ternampak dua kereta dipandu laju meninggal lokasi kejadian selepas gagal melarikan lembu terbabit setelah menyedari kehadiran pemilik haiwan ternakan tersebut.

Lelaki berusia 25 tahun itu bertindak mengejar kenderaan suspek dan dalam kejadian itu, salah sebuah kenderaan tersebut mengalami kerosakan lalu terbabas ke dalam longkang bagaimanapun pemandu dan penumpangnya berjaya melarikan diri.

Hasil siasatan polis mendapati dua ekor lembu mati terkena tembakan menyebabkan pemiliknya kerugian kira-kira RM3,000.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved