Selasa, 6 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tak sempat hantar anak

Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tak sempat hantar anak KOTA BHARU - Hasrat seorang bapa untuk menghantar anak sulungnya ke menara gading, malam kelmarin, tidak kesampaian apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin, Isa Osman, 51, mengalami kecederaan teruk di kepala selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai dalam perjalanan untuk menjaja air terbabas di Wakaf Che Yeh dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan.

Bagaimanapun, dia kemudiannya meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam di HRPZII akibat kecederaan yang serius kerana selepas terbabas terdapat kenderaan lain dari arah Jalan Kuala Krai melanggar mangsa.

Isteri mangsa, Rokiah Ahmad berkata, pada malam kematiannya itu dia sepatutnya menemani anak sulungnya, Noriani, 19, menaiki bas untuk urusan pendaftaran kemasukan penuntut baru di Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dia memang beria-ia mahu menghantar anak sulung kami ini dengan menaiki bas dan sepatutnya mereka bertolak malam tadi, tetapi saya reda ajalnya tiba sebelum sempat mengiringi anaknya menjejak kaki ke universiti.

"Saya menerima ketentuan ini dan saya mahukan anak perempuan saya ini tidak patah semangat untuk meneruskan pengajiannya dalam jurusan Syariah supaya dapat membuktikan kemampuan walaupun ayahnya tiada lagi di dunia ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Rambai semalam.

Rokiah berkata, keseronokan mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri dan kegembiraan meraikan kejayaan anaknya dapat melanjutkan pengajian ke menara gading bersama-sama suaminya tidak berpanjangan kerana dia pergi untuk selama-lamanya.

Katanya, sebelum kejadian suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan keluar berniaga seperti rutinnya dengan motosikal kira-kira jam 9 pagi.

"Pada hari kejadian saya gelisah kerana sehingga jam 1.40 petang dia masih belum balik lagi sedangkan kebiasaannya dia akan pulang untuk makan tengah hari bersama-sama kami pada jam 1.30 petang.

"Saya menyuruh anak sulung menghubungi ayahnya kira-kira jam 2 petang tetapi panggilan itu tidak dijawab. Saya tidak berpuas hati dan dan setelah dihubungi untuk kali dua suara orang lain yang menjawabnya lalu memberitahu suami saya berada di hospital kerana kemalangan," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sari kira-kira jam 10 malam kelmarin.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved