Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Unimas perjelas laporan media mengenai ranking universiti Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT Unimas perjelas laporan media mengenai ranking universiti KUCHING - Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini menjelaskan ranking universiti yang menyenaraikan Unimas sebagai antara universiti terbaik di Asia adalah berdasarkan ranking oleh QS Asian University Rankings 2011. Dalam kenyataan ringkas di sini, Unimas menyatakan laporan media semalam telah tersilap apabila menyatakan ranking itu oleh QS World University Ranking 2011 dan sepatutnya oleh QS Asian University Rankings 2011. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Abdul Rahim Mohd Noor semalam dipetik sebagai berkata Unimas telah disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di Asia.- Bernama |
Remaja orang Asli bebas tuduhan bunuh adik dan miliki senjata api Posted: 05 Sep 2011 05:00 PM PDT Remaja orang Asli bebas tuduhan bunuh adik dan miliki senjata api MARAN - Mahkamah Majistret di sini membebaskan seorang remaja Orang Asli dengan bon jaminan berkelakuan baik terhadap dua pertuduhan iaitu membunuh tanpa niat adik kandungnya dan memiliki senjata api buatan sendiri. Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membuat keputusan itu di bawah Seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak tanpa cagaran selama dua tahun untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan di dalam kamarnya. Bagi pertuduhan pertama, remaja berusia 15 tahun itu mengaku bersalah tertembak adik perempuannya yang berusia 10 tahun apabila senjata api yang sedang dibersihkannya selepas memburu babi tiba-tiba meletup sendiri. Kejadian itu berlaku di rumah tidak bernombor di Kampung Bagas, Kuala Sentul di sini pada 26 Julai lepas antara 7 malam dan 8.15 malam. Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan kedua, remaja itu dituduh memiliki dua laras senapang buatan sendiri pada tarikh dan tempat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata (Akta 206) yang membawa hukuman penjara setahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya. Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos lepas, remaja itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut. Bagaimanapun pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kerana hukuman yang diterima remaja itu dilihat tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukannya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan