SH |
Tuntut barangan dirampas dikembalikan Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT Tuntut barangan dirampas dikembalikan
ALOR SETAR - PKR Kedah menggesa polis memulangkan barangan yang dirampas pada 2 Julai lalu, ketika 15 ahlinya ditahan ketika cuba mengadakan sidang media yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0, berdekatan Pasar Koboi, Jalan Telok Wanjah. Ketua Penerangan PKR Kedah, Saari Fadzil Hud berkata, pihaknya kesal kerana setelah beberapa kali cuba mendapatkan semula barangan terbabit, mereka dimaklumkan ianya masih dalam siasatan. "Saya harap polis segera buat penjelasan kenapa masih menyimpan barangan itu sedangkan ianya sudah lama berlaku. Malah mereka yang ditahan untuk diambil keterangan sudah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya, pada sidang media, semalam. Hadir sama, sebahagian ahlinya yang ditahan pada perhimpunan itu, Ketua Wanita Cabang Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim; Ketua Cabang Baling, Lim Chong An; Ketua Wanita Cabang Baling, N Shankari; Setiausaha Cabang Kulim Bandar Baharu, Aspalela Mohd Razali; Leslie Daniel, R Kumar Naidu serta Lee Chan Fook. Menurutnya, pihaknya menuntut supaya sebuah komputer riba, sebuah kamera dan enam telefon bimbit yang masih ditahan sebagai bahan bukti dikembalikan segera dalam tempoh dua minggu ini. "Ini barangan peribadi bukan kempen politik. Setelah beberapa kali bertanya secara lisan, kami memutuskan akan menulis surat sebelum mengambil tindakan undang-undang, sekiranya kes ini tidak menunjukkan perkembangan positif," katanya. Saari Fadzil berkata, pihak berkuasa perlu memahami hak mereka sebagai rakyat dan perlu diselesaikan secara baik, bagi mengelak timbul persepsi negatif terhadap badan itu. "Kami harap mendapat kerjasama polis dalam hal ini," katanya. Sementara itu, Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, pihaknya hairan kerana kes ini masih dalam siasatan polis sedangkan kesemua yang ditahan telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan surat jaminan. "Selagi barangan milik ahli kami tidak dipulangkan, saya akan gunakan perundangan untuk menuntut hak mereka," katanya. |
Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT Tuntut barangan dirampas dikembalikan

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan