Selasa, 20 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerani akaun, rakan disamun RM280,000

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kerani akaun, rakan disamun RM280,000 TAMBUN – Seorang kerani akaun, terkejut apabila kereta dinaikinya diserang dan cermin kereta hadapan dipecah kan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Tambun Permai, di sini, semalam.

Kejadian itu, menyebabkan rakannya cedera sebelum wang RM280,000 dan kereta nya dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan duit milik syarikat berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, kumpulan penjenayah lingkungan 30-an itu, menaiki kereta Proton Wira berwarna putih dipercayai melanggar belakang kereta mangsa, sebelum memecah kan cermin hadapan kereta dan menyamun wang tunai tersebut.

"Maklumat awal mendapati, pemandu kereta dikenali sebagai Shankar, 30 tahun turut cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin," katanya.

Dzuraidi berkata, selepas merompak mangsa, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan kereta yang mereka gunakan, lalu melarikan kereta mangsa.

Difahamkan, kereta Proton Wira yang digunakan kumpulan itu, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihak polis kini giat melancarkan sekatan jalan raya dalam usaha memberkas suspek," katanya.

17 kenderaan curi dalam 6 kontena dirampas

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

17 kenderaan curi dalam 6 kontena dirampas PELABUHAN KLANG – Kastam mematahkan cubaan sindiket penyeludupan 17 kenderaan curi yang dimuatkan dalam enam kontena untuk dieksport ke Laem Chabang, Thailand, bernilai RM1.4 juta, Rabu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, imbasan awal pada mesin pengimbas di pintu keluar zon bebas Pelabuhan Utara, kira-kira jam 4 petang itu, menyaksikan imej 17 kenderaan.

Menurutnya, imej tersebut menimbulkan keraguan kerana semakan terhadap borang kastam mendapati kontena itu diikrarkan atas dagangan perabot.

Zainul Abidin berkata, pemeriksaan rapi terhadap kontena itu menemui kenderaan jenis Toyota Hilux, Camry dan Fortune, di mana lima unit kontena masing-masing bermuatan tiga kenderaan, manakala selebihnya dua buah kenderaan.

"Berdasarkan penemuan itu, kita menyerbu sebuah syarikat yang didaftarkan di borang kastam di Damansara tetapi syarikat tersebut tidak wujud.

"Susulan itu, kita menahan seorang lelaki iaitu wakil perdagangan, berumur 47 tahun, di pejabatnya di Pelabuhan Klang yang disyaki membuat ikrar tidak benar ke atas dagangan," katanya pada sidang media di Wisma Kastam, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan sindiket membuat ikrar tidak benar atas dagangan perabot kerana negara di antara pengeksport barangan perabot di dunia.

Mengulas lanjut katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket cuba menggunakan laut sebagai laluan baru untuk membawa kenderaan itu ke negara jiran.

"Mungkin penguatkuasaan di darat ketat, jadi sindiket cuba menggunakan taktik baru tetapi mereka tidak berjaya," katanya.

Beliau berkata, Kastam akan bekerjasama dan merujuk kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan individu yang mendalangi sindiket eksport kenderaan curi.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved