SH |
Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT Enam warga asing ditahan
JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya mematahkan cubaan rompakan yang disyaki didalangi enam lelaki warga asing ke atas tiga kapal dagang di :kedudukan 2.4 batu nautika di barat Tanjung Piai, Pontian, awal pagi semalam.
|
:Ketua Penguat Kuasanya, Laksamana Pertama Maritim Zukifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 12.30 malam, yang memaklumkan kehadiran sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan, selain cuba merompak MV Kandariah dan MV Al-Agaila. "Bot laju APMM yang ketika itu sedang melakukan rondaan di perairan tersebut bergegas ke lokasi dilaporkan. "Kira-kira 10 minit kemudian, anggota kami berjaya mengesan sebuah bot kayu berukuran lapan meter panjang berkelajuan 40 kuasa kuda sedang merapati kapal MV Sky Jupiter," katanya pada sidang media di Jeti Shahbandar, di sini, semalam. Katanya, ketika usaha memanjat kapal tersebut, kesemua perompak terbabit menyedari kehadiran pihak berkuasa APMM, sekali gus cuba meloloskan diri dari perairan negara menggunakan bot kayu berkenaan. "Dalam adegan kejar mengejar itu, APMM berjaya memintas dan menahan kesemua perompak 10 minit kemudian, selain terpaksa melepaskan satu tembakan amaran. :"Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua perompak terbabit adalah warga asing berumur antara 25 hingga 45 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Zulkifli berkata, pemeriksaan lanjut ke atas bot kayu terbabit, APMM menemui pisau pemotong daging, tukul, kapak, spanar, pemutar skru, tali bersaiz satu inci termasuk sebatang buluh dipercayai digunakan untuk melakukan rompakan. "Sepanjang tahun ini, sebanyak tujuh kes :rompakan dilaporkan di perairan Tanjung Piai yang dilabel sebagai kawasan panas sebelah barat di negeri ini, manakala satu lagi lokasi panas bahagian timur adalah di perairan Pengerang, Kota Tinggi," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan