Selasa, 20 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bukan jual tapi pelaburan: PKNS

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bukan jual tapi pelaburan: PKNS SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) nafikan dakwaan tiga aset milik anak syarikat Kerajaan Negeri, iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya, dijual kepada Amanah Raya Real Estate Investment Trust (Arreit).

Pengurus Korporat PKNS, Noorhisham Mohd Ghouth berkata, tiga bangunan tersebut hanya mengalami proses pengambilalihan sebagai usaha PKNS untuk menjana pendapatan sedia ada menerusi pelaburan dalam Real Estate Investment Trust (Reit).

Menurutnya, menerusi pelaburan dalam Reit, PKNS telah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk mempertingkatkan keuntungan aset sedia ada yang bernilai RM4 bilion, kepada jumlah yang lebih besar.

"Premis perniagaan PKNS sekarang, nampak usang, peniaga juga selalu merungut bahawa mereka tidak untung dan PKNS juga tidak mendapat sewa yang sepatutnya, oleh yang demikian semua pihak rugi.

"Namun, dengan pelaburan sebegini, kita akan mengubah suai bangunan dan mewujudkan kadar sewa baru, sekali gus membolehkan penyewa, pengunjung dan PKNS itu sendiri memperoleh keuntungan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan sebuah blog bahawa, PKNS telah menjual tiga bangunan premis perniagaan tersebut kepada Arreit.

Noorhisham menjelaskan, pengambilalihan yang akan berkuat kuasa Januari 2012 adalah satu proses transformasi dalam usaha menaja ekonomi PKNS sebagai salah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, sememangnya kadar peningkatan kadar sewa ini sukar untuk diterima penyewa pada ketika ini, namun PKNS yakin setelah dua tahun, semua pihak akan melihat sendiri kesan positifnya.

"Aset PKNS sekarang bernilai RM4 bilion, kita ada dua pilihan untuk mengekalkan aset sedia ada atau menjana pendapat tersebut.

"Kita mempunyai tiga bangunan yang bernilai RM200 juta, kita akan suntik ke dalam Amanah Raya dan akhirnya kita akan pegang 30 peratus pemegang saham dalam Amanah Raya," katanya.

Menurutnya, selain tiga bangunan PKNS, Amanah Raya mempunyai 15 bangunan dan oleh kerana PKNS adalah antara pemegang saham, PKNS kini boleh memiliki 30 peratus saham terhadap keseluruhan 18 bangunan terbabit.

Semalam, beberapa blog mendakwa langkah penjualan tersebut akan menyebabkan peningkatan kadar sewa serta penempatan semula lokasi premis perniagaan penyewa sedia ada.

Sebuah blog Darul Ehsan Today mendakwa, pengambilalihan ini satu langkah mencurigakan dan menegaskan PKNS perlu memberi penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

Blog tersebut juga mempersoalkan berhubung beban yang perlu ditanggung oleh peniaga di tiga bangunan terbabit setelah peningkatan kadar sewa bermula tahun hadapan.

Sepucuk surat rasmi PKNS bertarikh 12 September 2011 yang dihantar kepada peniaga diturut dipaparkan sebagai bukti bahawa wujud arahan kadar sewa baru premis perniagaan berkenaan berkuatkuasa dalam tempoh terdekat.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved