Selasa, 20 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pokok hempap kereta

Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pokok hempap kereta KUANTAN - Anak seorang peneroka di Felda Panching Selatan di sini terkedu apabila kereta jenis Proton Gen 2 miliknya rosak ditimpa pokok durian yang berusia lebih 30 tahun dalam kejadian ribut lewat petang kelmarin.

Kereta milik Mohd Farid Ibrahim, 31, itu kemek di bahagian belakang dan kiri selain cermin di bahagian belakang turut pecah.

Malah, jentera bomba diperlukan bagi mengalihkan pokok yang menghempap sebahagian keretanya.

Menurutnya, kereta yang dibeli sejak lima tahun lalu itu diletakkan di bahagian belakang rumah petang kelmarin dan tidak menyangka kejadian ribut memusnahkan keretanya.

"Ketika kejadian, saya berada sedang makan di dapur sebelum ribut melanda. Tidak lama selepas itu, saya mendengar bunyi bising di belakang dan bergegas keluar.

"Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa kereta sudah ditimpa pokok, tetapi tidak lama kemudian ayah saya menjerit dari rumah jiran dan memberitahu bahawa kereta saya sudah ditimpa pokok yang terdapat di belakang rumah," katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Farid berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya bersabar dengan kejadian tersebut.

"Selain kereta saya, bahagian belakang rumah turut rosak kerana turut terkena pokok durian tersebut.

"Buat sementara waktu, saya akan memaklumkan pihak insurans sama ada ia termasuk di dalam polisi perlindungan atau tidak," katanya.

Bagi warga emas, Jamaludin Taib, 64, sejak tinggal di situ sejak 40 tahun lalu, kejadian tersebut adalah kali pertama menimpa keluarganya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di anjung rumah sebelum melihat angin kencang bertiup dan menerbangkan atap di bahagian ruang tamu rumahnya.

Katanya, ribut yang berserta hujan lebat itu menakutkan dirinya lalu memanggil isteri, Safiah Wahab, 63, yang berada di dalam rumah.

"Bagaimanapun, isteri saya sibuk mengalihkan perabot dalam rumah kerana atap yang 'terbang' menyebabkan air hujan membasahi perabot serta peralatan elektrik.

"Saya bersyukur kerana semuanya selamat, namun tetap terkejut dengan kejadian yang menimpa," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar berkata, sebanyak 20 rumah dikenal pasti terlibat dalam kejadian ribut itu dan empat daripada mengalami kerosakan teruk terutama bahagian bumbung.

Menurutnya, insiden tersebut sudah dimaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan segera akan disalurkan secepat mungkin bagi meringankan beban.

"Bagaimana pun, pengurusan Felda akan menilai jumlah kerosakan sebelum memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa ribut," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved