SH |
Posted: 19 Sep 2011 05:00 PM PDT Buruh kontrak parah ditetak
NIBONG STESEN – "Ketika sedang menunggang motosikal, tiba-tiba saya diterjah seseorang dari arah belakang lalu menerajang menyebabkan saya jatuh tersungkur, seketika kemudian saya dihampiri sekumpulan lelaki lalu salah seorang daripadanya menetak kepala menyebabkan saya terus pitam lalu tidak sedarkan diri, sedar semula saya sudah berada di hospital."
Begitulah pengakuan yang sempat dirakamkan Sinar Harian sebelum Mohd Razil Abd Manan, 31, buruh kontrak yang cedera parah selepas ditetak senjata tajam oleh individu tidak dikenali lalu tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dari bilik kecemasan untuk menjalani ujian imbasan di bilik X-Ray Hospital Dungun. Akibat kejadian itu, Mohd Razil terpaksa menerima 20 jahitan disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala dengan kesan luka sedalam dua sentimeter sebelum dikejarkan ke hospital oleh penduduk. Menurut Mohd Razil yang mengakui mempunyai pertalian dengan salah seorang pemimpin politik di Dungun itu, ketika keja-dian, dia yang beralamat di Jalan Ustaz Omar itu dikatakan sedang bersiar-siar dengan menunggang motosikal sebelum didatangi individu dari arah belakang yang bertindak menerajangnya. Katanya, sebaik dia jatuh tersungkur, sekumpu-lan lelaki bertindak mengepungnya lalu kepalanya terasa terkena hentakan benda tajam sebelum darah mengalir di mukanya. "Banyak darah keluar selepas kepala saya dihentak sesuatu, saya mula rasa pening lalu terus pitam. "Saya tidak pasti bila orang mengangkat saya yang sudah longlai itu dan bawa ke sini," katanya. Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan mangsa yang turut mempunyai rekod jenayah lampau itu menghilangkan diri sebaik sedar daripada pengsan. Sementara itu, dalam pengakuannya kepada Sinar Harian, Mohd Razil turut memberitahu terlibat dengan penyalahgunaan dadah. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan