Sinar Harian :: Suara Cakna |
2,000 keluarga di Lembah pantai terima bantuan Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT
2,000 keluarga di Lembah Pantai terima bantuan KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,000 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Seri Pantai dan Pantai Ria di kawasan Lembah Pantai hari ini menerima bantuan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak. Bantuan yang disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah berikutan fenomena kenaikan harga barang makanan dunia pada masa kini. "Saya harap bantuan ini dapat meringankan beban penduduk PPR, khususnya di kawasan Lembah Pantai, sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan bulan kemerdekaan bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 1Sumbangan 1Keluarga anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai, di sini. Bagi fasa pertama, hampir 5,000 keluarga PPR, khususnya di Lembah Pantai disasarkan menerima bantuan seumpama itu tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap keluarga menerima bantuan keperluan harian dianggarkan bernilai RM100.- Bernama |
Pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang lanjut pelajarab ke Ireland Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT
Pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang lanjut pelajarab ke Ireland KUALA LUMPUR - Sekumpulan 150 pelajar dari Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Ireland bagi mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang perubatan. Mereka akan belajar di institusi yang mempunyai perkongsian pengajian dengan
PMC iaitu Kolej Pakar Bedah Diraja Ireland (RCSI) dan Kolej Universiti Dublin
(UCD).
Mereka akan berlepas dalam tempoh dua minggu lagi. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan