Jumaat, 19 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Penjelasan Pemuda Pas terhadap isu Azhar Ahmad, Besah Mat dan Mansor Ahmad

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjelasan Pemuda Pas terhadap isu Azhar Ahmad, Besah Mat dan Mansor Ahmad

Pemuda Pas Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak akhbar Sinar Harian yang telah berusaha untuk menjejaki enam individu yang telah saya kemukakan sebelum ini.

Sinar harian telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda Pas membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita.

Keperihatinan rakyat ini sangat penting bagi membina suatu proses semak dan imbang dalam proses demokrasi di negara kita. Pemuda Pas juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

Pengesahan mereka ini merupakan suatu usaha yang murni bagi mempastikan bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bersih. Ke enam-enam individu ini seharusnya berbangga kerana mereka terpilih dalam proses semak dan imbang terhadap daftar pemilih sah SPR.

Tidak timbul isu Pemuda Pas menuduh mereka mengundi dua kali kerana kami sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star.

Pemuda Pas ingin tegaskan bahawa jika benar sesuatu kad pengenalan itu terdapat pengklonan maka lebih mudah berlakunya pengundian sebanyak dua kali. Semua ini mirip kepada manipulasi pilihanraya.

Pemuda Pas tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda Pas.

Kajian tahap satu telah pemuda Pas lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah Pemuda Pas mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Data-data tersebut adalah seperti berikut :

Jumaayah Bin Alus adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11

Sainam Binti Tukisan adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

Katimah Binti Kadni adalah nama yang kita jarang dengar. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi adalah nama yang kita jarang dengar. Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4sahaja.

Nama Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir adalah nama yang jarang kita dengar. Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

Berdasarkan kepada lima data di atas maka adalah mirip kepada manipulasi kerana hampir mustahil ramai individu memiliki nombor kad pengenalan yang 83 % sama bagi satu nama individu yang unik. Mungkin terdapat sebahagiannya kebetulan tetapi tidak mungkin semuanya kebetulan.

Oleh itu saya mohon kepada pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakkan terhadap data tersebut. Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR.

SUHAIZAN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI, PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS JOHOR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dewan Pemuda Pas terkejut dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dewan Pemuda Pas terkejut dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera

Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda Pas kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat Pas Pusat semalam.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim.

Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda Pas juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda Pas megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda Pas tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Mustahil bagi Pemuda Pas mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.

Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda Pas memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan.

Menyalahkan pemuda Pas dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda Pas bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.

Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda Pas bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.

Dewan Pemuda Pas mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.

MOHD ADRAM MUSA
TIMBALAN PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved