Jumaat, 19 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Di mana ibuku?

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Di mana ibuku? SENAI - Impian untuk merasai belaian ibu kandung sendiri tidak kesampaian apabila seorang kanak-kanak, Mohamed Isaac, 4, ditinggalkan ibu kandungnya di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak sejak 1 Julai lalu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Faizal Abu Bakar berkata, Mohamed Isaac pernah berpisah dengan ibunya, warga Malaysia sejak berusia sembilan bulan apabila wanita itu menjalani hukuman penjara di Singapura mulai September 2008 hingga awal Jun lalu.

Menurutnya, difahamkan juga, bapa kanak-kanak itu, seorang warga Singapura, masih menjalani hukuman penjara di negara itu.

"Berikutan ibu bapa Mohamed Isaac menjalani hukuman penjara, Jabatan Khidmat Sosial Antarabangsa Singapura bertindak menyerahkan kanak-kanak itu yang dilahirkan di Singapura kepada penjaga sukarela di negara jiran itu.

"Kemudian selepas ibu kandungnya yang juga seorang mualaf, R Praveena, 30, dibebaskan dua bulan lalu, kanak-kanak itu yang mempunyai kerakyatan Singapura menjadi rebutan antara penjaga dan ibunya.

"Bagaimanapun, mengikut peruntukan undang-undang, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada Praveena dan Mohamed Isaac berjaya memperoleh status warganegara ini 25 Jun lalu," katanya.

Menurut Mohd Faizal, disebabkan Praveena tidak berkemampuan menjaga Isaac, kanak-kanak itu diserahkan kepada JKM dan ditempatkan sementara di Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sinar Juita Johor Bahru.

Bagaimanapun, katanya, biar pun berjanji mahu menuntut kembali anaknya, wanita itu bertindak menghilangkan diri sejak lebih sebulan lalu sehingga menimbulkan kebimbangan pihaknya.

Mohd Faizal berkata, alamat terakhir wanita itu ialah di No 14, Kampung Sungai Rabit, Temerloh, Pahang.

"Kami meminta kerjasama ibu Mohamed Isaac supaya tampil dan jangan membisu untuk membincangkan masa depan kanak-kanak ini.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu Mohamed Isaac diminta menghubungi saya di talian 07-2232606 atau pegawai JKM, Hayatiha Amin di talian 017-7240255," katanya.

Menurutnya setakat ini, lebih 10 pasangan suami isteri tempatan selain dua pasangan dari Singapura berminat untuk menjadikan Mohamed Isaac sebagai anak angkat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Perlindungan Kanak-kanak Sinar Juita Johor Bahru berkata, Mohamed Isaac kini berada dalam keadaan baik dan ditempatkan bersama 20 kanak-kanak lain di pusat tersebut.

Menurut jurucakap itu juga, Mohamed Isaac turut diberi perhatian sepenuhnya daripada pengasuh di sana bersesuaian dengan peringkat usianya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved