Jumaat, 19 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiga beranak maut

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiga beranak maut KEMAMAN – Sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh, dalam kemalangan malam kelmarin, di kilometer 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan, Resort Awana Kijal di sini, selepas membeli baju raya di Kuantan.

Mereka terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28, suaminya, Mohd Aswari Ariffin, 36 dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.

Nik Nor Syafiqah, 10, adik Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Mohd Aswari, terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan kereta dipandu Ahmad Tajuddin.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung sebuah kereta lain," katanya.:

Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik, namun tiada suara meminta tolong didengari.

"Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia.

Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa, tapi lemah.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, berkata, keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya kritikal.

RM43juta untuk 8,568 peserta

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

RM43juta untuk 8,568 peserta SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan RM43 juta kepada 8,568 peserta di bawah program Azam Niaga dan Azam Khidmat di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Teman 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) adalah peserta kepada program tersebut di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah yang berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan produktif.

"Keusahawanan sosial adalah pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran supaya tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Bantuan diberikan ialah peralatan permulaan perniagaan bagi membolehkan kumpu-lan sasar melibatkan golongan berpendapatan rendah menceburi keusahawanan sosial dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka," katanya.

Beliau berkata, peserta layak dipertimbangkan untuk memohon pinjaman kewangan melalui skim pinjaman mikro daripada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka.

"Kami berharap program ini membantu meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta berkongsi keberkatan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang," katanya.

Majlis Pelancaran yang dihadiri 2,000 peserta itu turut disertai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan serta pengerusi-pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor dan Negeri Sembilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved