SH |
Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT RM20,000 tebus talak
KUANTAN-Kemanisan alam perkahwinan hanya sempat dinikmati seminggu buat seorang suami selepas isterinya meninggalkan rumah mereka sejak awal Ramadan lalu sekali gus memusnahkan mahligai perkahwinannya yang baru berusia sebulan.
Episod duka itu membuatkan Shuib (bukan nama sebenar), 30-an, bertekad menuntut RM20,000 terhadap isterinya sebagai tebus talak apabila mendakwa isterinya menghilangkan diri dan enggan pulang kepangkuannya. Menurutnya, dia mengahwini isterinya pada Julai lalu secara sederhana dan dia langsung tidak menjangka berhadapan dengan situasi tersebut selepas bergelar suami. Kejadian bermula dengan pertelingkahan kecil pada awal Ramadan lalu membuatkan isterinya bertekad meninggalkan dirinya yang kini tidak mendapat khabar berita sejak meninggalkan rumah pada awal Ogos lalu. Ketika menceritakan detik permulaan episod dukanya, Shuib memberitahu isterinya yang bekerja sebagai kerani berkeras untuk keluar rumah namun ditahannya. Menurutnya, terdapat pergaduhan mulut pada awal pagi namun isterinya pulang sejam kemudian ke rumah mereka di sini. "Saya ada memeluk dan memujuknya namun dia menepis dan menyatakan saya memukulnya. Namun saya tidak buat sebegitu, dan kira-kira jam 8.30 pagi, saya menghantarnya bekerja," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Perselisihan faham itu disambung lagi menerusi pesanan Blackberry Messenger (BBM) yang dihantar isterinya pada sebelah waktu tengah hari yang meminta Shuib melepaskan isterinya. Bagaimanapun, selepas dipujuk, mereka kembali tinggal bersama dan kebahagiaan yang disangka berkekalan hanya impian semata-mata sebelum isterinya menghilangkan diri kembali sejak Selasa lalu. Shuib berkata, kelmarin dia berkunjung ke pejabat isterinya namun dimaklumkan masih bercuti. Katanya, tiada sebarang panggilan telefon, mesej yang diterima daripada isterinya sejak hari tersebut dan dia sendiri sudah tidak mahu ada sebarang perhubungan kerana isterinya 'sudah berpatah arang, berkerat rotan' dengannya. "Saya sudah tawar hati untuk kembali bersamanya, dan jika dia nak juga bercerai, saya nak tuntut RM20,000 untuk tebus talak memandangkan kos, tekanan mental, fizikal yang dialami sejak berkahwin. "Sejak berkahwin sehinggalah ke hari ini, saya langsung tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pekerjaan saya dan tindakan saya ini mendapat restu keluarga dan juga mertua,' katanya. Shuib berkata, empat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sudah pun dibuat berikutan kehilangan dan tindakan isterinya pada 16 dan 17 Ogos lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan