Jumaat, 19 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Baulu ikan dan ketuhar tin minyak

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Masih ingat lagi pengalaman ini? Tin minyak dipotong separuh secara simetri menegak, diisi pasir sungai. Di atas pasir itu diletak acuan berisi tepung siap diadun. Tin itu diletak di tungku dengan api menyala di bawahnya dan ditutup zink.

Di atas zink pula, diletak sabut yang dibakar. Ya, itulah apa yang kita boleh saksikan apabila masuk minggu ketiga bulan puasa dahulu.

Sekarang, senario seperti itu hampir sudah tidak kelihatan. Di kebanyakan tempat, ketuhar tradisional sudah diganti dengan ketuhar gelombang mikro.

Namun apakah yang moden itu menjanjikan baulu yang lebih sedap? Bagi saya, tidak! Ingatlah betapa gebu dan beraromanya baulu ikan yang dimasak dengan sabut dan kayu api dalam ketuhar tin minyak (di kampung saya, tin yang sama digunakan untuk menakung susu getah pada luar musim raya).

Selain baulu, kuih lama kegemaran saya ialah samperit, yang buah cerinya selalu saya hilangkan sebelum tiba hari raya.

Selain itu, ada karas, dodol, wajik, putu kacang, kuih bangkit dan bermacam-macam. Semuanya berbeza dengan kuih sekarang yang bentuknya sahaja nan rupawan namun rasanya hampir sama sahaja.

Selain samperit, putu kacang paling saya gemari. Putu kacang dibuat daripada kacang hijau yang ditumbuk halus hingga jadi serbuk, dicampur gula dan kemudian diisi mampat dalam acuan. Kemampatan akan menjamin berapa lama putu kacang mampu bertahan tetapi ia selalunya tidak tahan lama kerana sebelum malam raya lagi, banyak yang sudah hilang dalam mulut saya.

Selain hal kuih muih, meriahnya raya zaman itu bagi anak kampung seperti saya, juga kerana adanya meriam buatan sendiri, sama ada meriam buluh atau meriam tanah.

Bahan letupnya adalah karbaid yang juga sering digunakan peniaga pasar malam waktu itu untuk menyalakan pelita di gerai hingga aroma pelita karbaid itu mampu membuatkan saya gelisah selagi tidak keluar ke pasar malam.

Meriam buluh atau meriam tanah dimainkan oleh semua peringkat umur. Orang dewasa bercampur gaul dengan anak remaja bermain meriam selepas terawih hingga lewat malam. Tidak ada pula pada waktu itu sesiapa yang buta, hilang jari, putus tangan atau putus kepala kerana main meriam karbaid.

Pada malam bulan puasa, emak ayah biasanya tidak kisah jika anak-anak termasuk yang masih kecil pulang lewat malam. Ini kerana mereka biasanya tahu di mana hendak cari anak-anak mereka jika ada sesuatu yang terjadi.

Selain itu, ia juga sebagai ganjaran dan galakan untuk anak-anak berseronok selepas melakukan sesuatu yang baik, iaitu berterawih. Itulah kaedah cara halus bagaimana emak ayah zaman itu mendidik.

Apa yang penting, aktiviti seumpama itu akan lebih menguatkan silaturahim. Jika ia turut melibatkan golongan dewasa, maka hubungan anak muda dengan orang dewasa akan jadi lebih mesra. Dan orang dewasa juga sekali gus akan menjadi pemantau bagi emak ayah untuk menjaga anak-anak mereka.

Satu lagi elemen mengukuhkan kemesraan yang wujud pada zaman itu ialah berkumpul beramai-ramai menonton TV. Ini kerana, dalam sesebuah kampung, lazimnya hanya ada satu atau dua rumah sahaja yang mempunyai TV. Justeru, sesiapa yang menonton, dikenakan bayaran. Ada juga yang bermurah hati beri tayangan percuma. Video pula dikira sangat mewah.

Saya masih ingat akan ghairahnya orang kampung saya melonggok di atas tebing bersebelahan rumah Cina Pekan Mahang untuk menonton video kung fu menerusi tingkap, hampir setiap petang.

TV pada masa itu menggunakan kuasa bateri kerana elektrik belum lagi masuk kampung. Beberapa hari sekali, tuan rumah bawa bateri ke kedai untuk dicaj.

Pada masa saya kanak-kanak, hanya ada dua saluran TV kita, iaitu TV1 dan TV2. Oleh kerana tiada saingan, program hari raya juga tidak begitu menarik seperti sekarang. Apa yang saya ingat, pada pagi raya, hanya ada rancangan Rasa Sayang untuk kanak-kanak manakala sebelah petang, Seiring Jalan yang selalu paparkan golongan wartawan hiburan buat persembahan.

Orang zaman itu tidak begitu pedulikan TV pada hari raya. Tidak seperti sekarang, ramai terpaku punggung ke lantai atau sofa menanti satu demi satu rancangan pilihan. Ziarah saudara mara dan jiran tetangga semakin diabaikan.

Atas sebab itu, bagi saya, raya dahulu tetap lebih meriah, lebih menarik walau hidangannya hanya baulu yang dibakar di bawah sabut!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada status istimewa untuk homoseks

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Di Malaysia, perkahwinan sejenis tidak dibenarkan. Ini undang-undang negara, tiada apa perlu dibahas. Jika berlaku, perkahwinan sesama lelaki atau wanita dianggap tidak sah dan tidak diiktiraf. Pesalah boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara dan sebatan. Keadaan ini bukan unik di Malaysia sahaja, tapi di hampir semua negara di dunia.

Perkahwinan antara pasangan gay atau lesbian bertentangan dengan norma budaya, nilai dan moral masyarakat serta agama. Islam mengharamkan perkahwinan sedemikian, seperti maksud ayat 80-84 Surah Al-A'raaf yang menerangkan perbuatan 'kaum yang melampau' dan bala yang diturunkan Allah swt ke atas mereka. Ayat 77-83 Surah Hud menceritakan azab Allah SWT menterbalikkan tanah dan menimbus kaum Nabi Luth.

Definisi Muhammad Abu Zahrah dan Ibnu Uthaimeen jelas merujuk perkahwinan sebagai kesatuan antara lelaki dengan perempuan untuk hidup bersama, berkasih sayang, berzuriat, berkeluarga dan bermasyarakat. Istilah dalam Islam ialah nikah atau zawaj (yakni berkahwin), akad (kontrak) dan mithaqun ghalithun (persetujuan kukuh).

Agama Kristian juga melarang penganutnya berbuat demikian, kecuali satu atau dua denominasi liberal. Malah, Pope John Paul II dan Pope Benedict XVI turut menyatakan bangkangan mereka terhadap perkahwinan sejenis.

Atas dasar inilah hasrat seorang paderi Kristian tempatan berkahwin dengan kekasih lelakinya dan adakan majlis keraian pada hujung bulan ini di Kuala Lumpur tidak boleh diterima - baik oleh penganut seagamanya atau penganut agama lain. Pihak National Evangelical Christian Fellowship, yang mewakili lebih 2,000 gereja seluruh Malaysia, mengutuk hasrat paderi itu. Jurucakap penganut Buddha dan Hindu juga mengecam dan menolak perkahwinan sejenis kerana membelakangkan agama. Pihak Kerajaan dan Persatuan Peguam Syariah Malaysia turut mengeluarkan kenyataan sama, manakala Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan aliran liberalisme dan pluralisme bercanggah dengan Islam.

Di Malaysia, hanya sekali saja perkahwinan seperti ini berlangsung, iaitu antara Jeffrey Chung, seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur berumur 30an yang melakukan pembedahan jantina dan mengambil nama Jessie, dengan seorang akauntan Joshua Beh, di sebuah hotel di Sarawak pada 2003. Perkahwinan mereka dikendali tiga paderi gereja bebas, tapi tidak diiktiraf kerana tidak sah di segi undang-undang.

Di tempat-tempat lain di dunia, perkahwinan seperti ini diistilahkan sebagai civil union atau commitment ceremony. Pasangan tidak ada ikatan secara undang-undang. Mereka juga tidak terikat dalam soal hak pemilikan harta, tanggungjawab terhadap harta wasiat.

Perkahwinan sejenis memang ada dicatat dalam sejarah awal empayar Rom. Tapi pada 342 SM, pemerintah bernama Constantius II dan Constans menguatkuasa undang-undang haramkannya dan menghukum mati mereka yang berbuat demikian. Di bawah perundangan Islam, pelaku homoseks boleh disebat 100 kali dan dibuang negeri sehingga setahun. Bagi pesalah yang berkahwin, hukumnya direjam sampai mati. Menurut satu pendapat asy-Syafie, hukuman bagi peliwat ialah mati.

Tidak dinafikan trend ini semakin menular. Di Kuala Lumpur, seperti di kota besar seluruh dunia, banyak tempat pertemuan dan hiburan untuk golongan homoseks. Mungkinkah sedikit sebanyak kesannya daripada cara hidup seorang pemimpin negara yang kini hadapi dakwaan di mahkamah?

Golongan homoseks kini menuntut keadilan dan mahu cara hidup mereka diterima masyarakat, atas dasar hak asasi manusia dan kebebasan memilih. Pada saya, apa yang mereka tuntut bukanlah sekadar hak asasi saja. Mereka sebenarnya mahu status istimewa, yakni hak untuk memilih cara hidup songsang yang mesti diterima orang lain walaupun bertentangan dengan agama, fitrah manusia dan undang-undang negara serta mengancam cara hidup orang lain.

Ini sudah melampau. Perlembagaan dan undang-undang negara memberi hak sama rata kepada semua warganegara. Golongan homoseks tidak boleh mengharap atau menuntut hak atau status istimewa. Seperti juga di Malaysia, 85 negara lain melaksana undang-undang yang menghukum pengamal seks luar tabii. Daripada bilangan ini, lapan negara menghukum mati mereka yang disabit kesalahan.

Di Singapura, Pakistan, Uganda, India, Tanzania, Sierra Leone dan empat negara lain, pengamal homoseks boleh dipenjara seumur hidup. Jika paderi itu mahu juga teruskan hasratnya, bolehlah dia berbuat begitu dan tinggal di salah satu dari 10 negara yang membenarkan, antaranya Argentina, Canada, Iceland, Holland dan Sweden. Asalkan tidak di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved