Jumaat, 19 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


2,000 keluarga di Lembah pantai terima bantuan

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

2,000 keluarga di Lembah Pantai terima bantuan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,000 keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Seri Pantai dan Pantai Ria di kawasan Lembah Pantai hari ini menerima bantuan keperluan harian seperti beras, gula dan minyak masak.

Bantuan yang disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah berikutan fenomena kenaikan harga barang makanan dunia pada masa kini.

"Saya harap bantuan ini dapat meringankan beban penduduk PPR, khususnya di kawasan Lembah Pantai, sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan bulan kemerdekaan bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 1Sumbangan 1Keluarga anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai, di sini.

Bagi fasa pertama, hampir 5,000 keluarga PPR, khususnya di Lembah Pantai disasarkan menerima bantuan seumpama itu tanpa mengira bangsa dan agama.

Setiap keluarga menerima bantuan keperluan harian dianggarkan bernilai RM100.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang lanjut pelajarab ke Ireland

Posted: 18 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pelajar Kolej Perubatan Pulau Pinang lanjut pelajarab ke Ireland

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 150 pelajar dari Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Ireland bagi mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang perubatan.

Mereka akan belajar di institusi yang mempunyai perkongsian pengajian dengan PMC iaitu Kolej Pakar Bedah Diraja Ireland (RCSI) dan Kolej Universiti Dublin (UCD). Mereka akan berlepas dalam tempoh dua minggu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved