Jumaat, 22 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mahu tembok penahan ombak

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mahu tembok penahan ombak KUALA SEDAKA - Sekumpulan nelayan di Kuala Sedaka, Yan, memohon agar tembok dibina di kawasan berkenaan bagi mengelakkan ombak besar yang melanda dan merosakkan bot mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kuala Sedaka, Che Shab Arob berkata, tembok penahan itu diperlukan bagi mengecilkan 'muka kuala' dan memperlahankan tekanan arus.

Menurutnya, beliau sudah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan kira-kira tiga bulan lalu namun tidak menerima sebarang maklum balas sehingga kini.

"Dalam permohonan itu, saya meminta agar dibina tembok sepanjang 80 meter pada bahagian kiri dan kanan 'muka kuala', dengan ketinggian kira-kira 2.5 meter.

"Nelayan di Kuala Sedaka memang memerlukan tembok berkenaan memandangkan bot mereka sering kali rosak apabila air pasang dan ombak besar berlaku," katanya.

Che Shab berkata, terdapat lima bot dan 20 perahu milik nelayan di Kuala Sedaka yang sering kali terjejas, malah mereka turut kehilangan peralatan menangkap ikan yang disimpan di dalam bot, setiap kali berlaku ombak besar.

"Selaku wakil penduduk, saya berharap pembinaan tembok ini dapat disegerakan demi kepentingan nelayan di sini," katanya.

Sementara itu, seorang nelayan, Sulaiman Che Mehat, 48, berkata, setiap kali ribut atau air pasang, beliau terpaksa bergegas ke jeti bagi memastikan tiada kerosakan berlaku kepada botnya.

"Air pasang berlaku tidak menentu, malah ada kalanya saya perlu turun ke jeti pada jam 1 atau 3 pagi untuk memantau keadaan bot dan peralatan menangkap ikan yang lain agar tidak dihanyutkan arus deras.

"Pernah suatu hari, ombak besar menyebabkan tapi pengikat bot terputus dan kejadian itu hanya disedari pada waktu pagi, mujurlah bot itu ditemui semula di kawasan berhampiran Pulau Songsong," katanya.

Menurutnya, perkara yang membimbangkannya ialah ombak besar yang berlaku ketika air pasang menyebabkan bot miliknya mengalami kerosakan.

"Sebagai nelayan pantai, pendapatan kami tidak lumayan dan jika bot yang digunakan untuk menangkap ikan rosak, kos untuk membaikinya perlu ditanggung sendiri.

"Lebih meresahkan jika enjin rosak kerana kos membaikinya tinggi, ditambahkan pula dengan kehilangan peralatan menangkap ikan seperti pukat yang terdapat di dalam bot, sudah tentu kerugian besar terpaksa ditanggung," katanya.

Mahmud Ibrahim, 43, pula berkata, pancang yang digunakan untuk menambat bot lazimnya akan patah dan rosak apabila tiba 'musim air besar'.

"Sudah empat kali bot saya tenggelam dan setiap kali berlaku kerosakan, saya terpaksa berbelanja kira-kira RM1,000 untuk membaikinya.

"Kos akan bertambah jika kerja-kerja membaiki kerosakan diserahkan kepada orang lain, jadi untuk mengurangkan kos, kebanyakan nelayan terpaksa membaiki kerosakan itu sendiri," katanya.

Menurutnya, sudah seminggu beliau tidak dapat turun ke laut kerana bot yang rosak masih belum siap dibaiki.

"Saya berharap pihak berkenaan mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi nelayan Kuala Sedaka dan membina tembok itu dengan segera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved